v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kesan Konsul Asing terhadap Bandar Chongqing

2008-02-05 08:36:51 CRI

Chongqing merupakan bandar yang di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat China yang bersejarah paling pendek di China. Pada masa ini, Chongqing sedang berkembang menjadi pusat ekonomi di kawasan hulu aliran Sungai Yangzer dan menunjukkan pengaruh yang semakin besar di arena antarabangsa.

Pelbagai negara termasuk Kanada, Jepun, Britain, Kemboja dan Denmark telah menubuhkan pejabat konsul di bandar Chongqing. Apa kesan dan pandangan para diplomat terhadap Chongqing. Bagaimana kehidupan mereka di Chongqing?

Pejabat ketua konsul Jepun ke Chongqing terletak di tingkat yang paling atas di Pusat Membeli-belah Daduhui di pusat bandar Chongqing. Jika melihat dari tingkap di tingkat ke-37 gedung itu, anda boleh nampak pelbagai papan iklan yang besar mengenai jenama barangan antarabangsa yang terkenal dan pemandangan perniagaan yang makmur lagi moden. Hiasan dalam pejabat konsul Jepun agak ringkas tetapi halus. Sewaktu menemui wartawan CRI, Naib Ketua Konsul Jepun ke Chongqing, China, Shigeru Toyama memakai sut yang berwarna kelabu dengan rapi. Beliau bersopan-santun dan kelihatan seperti penduduk China tempatan.

Setelah bertugas di Chongqing selama hampir setahun, Sigeru Toyama seperti kebanyakan warga Jepun yang tinggal di Chongqing, semakin suka akan kehidupan di bandar itu.

Beliau berkata: "Terdapat kira-kira 200 orang warga Jepun yang sering tinggal di Chongqing. Mula-mula datang, orang Jepun biasanya tidak sesuai dengan cuaca musim panas dan musim sejuk serta masakan yang pedas di Chongqing. Tetapi tidak lama selepas itu, kebanyakan mereka mula menikmati ketiga-tiga keistimewaan di Chongqing, iaitu pemandangan yang indah, masakan yang sedap dan perempuan yang cantik. Saya juga tidak terkecuali."

Setelah hubungan diplomatik China-Jepun dipulihkan pada tahun 1972, kerajaan Jepun telah membuka Kedutaan Besar Jepun di Beijing, ibu negara China dan kemudiannya membuka Pejabat Ketua Konsul di tiga buah bandar besar di China termasuk Shanghai. Pada penghujung tahun 1990-an, Jepun telah membuka satu jabatan di Chongqing, iaitu bandar keempat yang di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat China. Pada tahun 2005, jabatan itu dinaik taraf sebagai Pejabat Ketua Konsul yang bertanggungjawab untuk menangani urusan di Provinsi Sichuan, Guizhou dan Yunnan serta bandar Chongqing di bahagaian barat China.

1 2 3

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |