Sejak tahun 1980-an, syarikat perusahaan kenderaan dan motosikal Jepun telah melabur dan membuka kilang di Chongqing.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 100 buah perusahaan Jepun di kawasan Chongqing yang melibatkan pelbagai industri seperti industri kenderaan, motosikal, industri teknologi, industri kimia dan industri perkhidmatan yang kecil-kecil.
Shigeru Toyama berkata: "Chongqing mempunyai asas industri yang kukuh, pasaran penggunaan yang agak besar dan tenaga buruh yang berkualiti lagi murah. Beberapa tahun kebelakangan ini, kos pelaburan di kebanyakan bandar pantai China telah meningkat berlipat kali ganda, maka, banyaklah pengusaha Jepun mula mempertimbangkan sama ada hendak mengalihkan pelaburannya ke bandar ini atau tidak. Ini merupakan satu peluang dalam masa yang sama cabaran bagi Chongqing. Saya berpendapat bahawa selain industri kenderaan dan motosikal, Jepun dan Chongqing mempunyai potensi yang agak besar bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti maklumat elektronik, perlindungan alam sekitar, industri kimia dan sektor jualan runcit."

Pada masa lapang, Shigeru Toyoma giat mengenali teman baru di Chongqing melalui pelbagai saluran. Beliau meminati bola sepak dan selalu mengetuai kakitangan pejabat konsul menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan di Chongqing.
Pada suatu ketika, Shigeru Toyoma tergeliat kakinya sewaktu bermain bola sepak dan menelefon sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah diberitahu keadaan Shigeru Toyoma, doktor yang dihubungi itu meminta teman wanitanya memandu kereta menjemput Shigeru Toyoma ke hospital dan menemaninya menerima rawatan . Shigeru Toyoma amat terharu dan ini turut memberikan kesan yang mendalam kepadanya tentang penduduk Chongqing yang ramah dan mesra.
Shigeru Toyoma berkata: "Penduduk Chongqing biasanya murah hati dan ramah mesra. Saya sudah mengenal ramai teman dari Chongqing walaupun belum lama bertugas di sini."
1 2 3
|