v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Warga Asing Saksikan Pembangunan Zhengzhou

2008-02-05 08:48:35 CRI

Beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan pesat sosioekonomi di bandar Zhengzhou, ibu kota Provinsi Henan di bahagian tengah China, ramailah warga asing berhijrah ke Zhengzhou dan bekerja di bandar itu. Mereka telah menyaksikan perubahan di bandar Zhengzhou dan Provinsi Henan serta pembangunan di China.

Puan Li Yan, pengusaha Cina Kanada yang berumur hampir 60 tahun ialah Naib Pengerusi Persatuan Perusahaan Orang Cina Kanada. Beberapa tahun yang lalu, beliau datang ke Zhengzhou secara kebetulan dan turut memutuskan untuk mengembangkan kerjayanya di bandar itu.

Ketika menjelaskan keputusan tersebut, Li Yan berkata: "Ramai orang memandang tinggi potensi pembangunan Provinsi Henan di bahagian tengah China. Pertama, Henan mempunyai penduduk yang berjumlah besar dan pasaran pengguna yang besar. Kedua, setelah mengadakan tinjauan terhadap Henan selama beberapa tahun, kami mendapat kesan yang baik tentang manifesto dan keupayaan pemimpin kerajaan tempatan. Peluang perdagangan yang baik sedang menunggu kami di sini."

Daerah Baru Zhengdong—sebuah daerah perbandaran baru yang sedang dibina di bahagian timur bandar Zhengzhou. Daerah itu akan dibina sebagai pusat bandar Zhengzhou pada masa akan datang dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti kawasan pejabat, penyelidikan sains, pendidikan, kebudayaan, perniagaan dan perumahan.

Setelah mengadakan tinjauan dan kaji siasat secara berkali-kali, Li Yan memutuskan untuk melabur dalam sebuah projek hartanah yang disebut "Lapangan Vancouver" di Daerah Baru Zhengdong dan bercadang untuk membina sebuah kompleks yang mempunyai keistimewaan seperti bangunan Amerika Utara yang berfungsi sebagai tempat perumahan, pusat perniagaan dan pejabat.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |