Selain pengusaha yang bertujuan melabur di Zhengzhou, ramai juga warga asing berhijrah ke bandar itu untuk melanjutkan pengajian atau bekerja.
Encik Green Randy yang berasal dari A.S. bertugas di kampus baru Universiti Zhengzhou, kira-kira 10 kilometer ke barat Daerah Baru Zhengdong. Setiap hari, Green Randy berjalan kaki 10 minit menyusur jalan kecil di kampus yang indah itu menuju ke bilik kuliah. Tugasnya adalah memberi syarahan kepada siswa-siswi China tentang kepengarangan bahasa Inggeris.

Pada tahun 2004, setelah diperkenalkan oleh seorang teman warga China, Green Randy menamatkan khidmatnya di sebuah universiti di kampung halamannya, iaitu Negeri Missouri, A.S. dan berhijrah ke China untuk menjadi pensyarah di Universiti Zhengzhou.

Ketika ditanya kenapa dia membuat pilihan tersebut, Green Randy berkata: "Banyaklah puncanya saya memilih China. Kebanyakan warga A.S. mengetahui sedikit benar tentang China dan mereka berhasrat untuk mengetahui lebih banyak tentang negara ini. Kita semua tahu bahawa China yang mempunyai ramai penduduk melambangkan masa depan. Dalam masa yang singkat, China akan menjadi pasaran pengguna yang terbesar di dunia."
Song Shumin, mahasiswi Institut Bahasa Asing Universiti Zhengzhou memberi tanggapannya terhadap gurunya, iaitu Green Randy.
Beliau berkata: "Beliau tidak lama tinggal di China, tetapi pandai menyesusaikan diri dengan adat resam China. Beliau menghormati adat resam penduduk China semasa bergaul dengan kami. Selepas itu, beliau memberitahu kami adat resam orang barat, pandangan dan fikiran mereka terhadap sesuatu hal. Setelah membandingkan kebudayaan China dengan negara barat, beliau berjaya mengetepikan perbezahan kebudayaan dan mengajar pelajar China bagaimana menjayakan pergaulan berdasarkan pemahaman pelbagai kebudyaaan."
----DAZHONG 1 2 3 4
|