v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan Bandar Urumqi Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China yang Mengambil Tindakan Konkrit untuk Menyediakan Peluang Pekerjaan kepada Penganggur Etnik Minoriti

2008-02-15 09:42:24 CRI

Kebanyakan penduduk etnik minoriti tinggal menetap di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. Terdapat 46 etnik minoriti yang tinggal di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Peluang pekerjaan yang disediakan kepada penganggur etnik minoriti yang tinggal menetap di sana bagi jangka panjang tidaklah memuaskan akibat pelbagai sebab dalam sejarah. Kerajaan bandar Urumqi telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengatasi masalah tersebut dan telah mencapai kejayaan yang ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Daerah Tianshan tersebut di bawah pentadbiran langsung oleh kerajaan bandar Urumqi. Ada seramai 1/4 penduduk etnik monoriti daripada jumlah seluruh penduduk yang tinggal di bandar ini. Penduduk etnik minoriti sukar mendapat peluang pekerjaan kerana mereka tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Pengarah Pusat perkhidmatan pengurusan Penyediaan Peluang Pekerjaan bagi Penganggur Daerah Tianshan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang Encik Wang Long berkata bahawa penduduk etnik minoriti sukar mendapat peluang pekerjaan daripada penduduk etnik Han disebabkan oleh mereka tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Menurut pertumbuhan ekonomi di Urumqi terkini, bahasa Mandarin merupakan salah satu bahasa yang laris digunakan di Bandar Urumqi yang didiami oleh penduduk etnik-etnik Han, Uygur dan Hazak. Sedangkan kebanyakan penduduk etnik minoriti hanya fasih bertutur dalam bahasa etnik mereka sendiri. Ada juga antaranya tidak pernah mendapat pendidikan di sekolah.

Oleh itu, kerajaan pelbagai peringkat di daerah Tianshan berusaha untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk etnik minoriti, misalnya dengan mengadakan kursus berdasarkan keadaan penduduk etnik tersebut, dan mewujudkan perusahaan dan sektor yang berbeza-beza. Menurut perangkaan, seramai kira-kira 3100 orang penganggur etnik minoriti mendapat peluang pekerjaan dalam Januari hingga November tahun yang lalu sejak tindakan itu dilaksanakan. Jumlah itu merupakan 1/2 daripada jumlah keseluruhan penganggur etnik Han. Kadar yang mendapat peluangan pekerjaan telah meningkat dari 2% hingga 35%. Kira-kira 1900 orang pula telah lulus daripada kursus yang disediakan. Yesyeti, gadis etnik Uygur yang berasal dari daerah Tianshan tidak pernah mendapat peluang pekerjaan selepas tamat sekolah menengah bawah selama beberapa tahun. Kemudian dia mengikuti pelajaran selama 6 bulan khusus dalam dan telah mendapat peluang pekerjaan berdasarkan bantuan jabatan jaminan pekerjaan tempatan pada awal tahun ini. Dia berkata bahawa saya pernah mendaftar nama di kawasan penduduk selepas tamat sekolah menengah bawah untuk mencari pekerjaan tetapi gagal. Saya belajar memotong pakaian dalam latihan tersebut. Selepas lulus dari kursus dan latihan itu, saya mendapat pekerjaan dan jumlah pendapatan bulanan mencatat 500 yuan RMB.

Lebih 10 jenis kursus dan latihan termasuk pekerjaan di restoran, memotong pakaian, memandu kereta, kemahiran komputer dan perakaunan telah dianjurkan dan diadakan di daerah Tianshan berdasarkan permintaan pasaran. Pengarah Pusat Perkhidmatan Pengurusan Menyediakan Peluang Pekerjaan Daerah Tianshan, Wang Long berkata bahawa Jawatankuasa Kawasan penduduk akan bertanggungjawab untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk penganggur yang lulus dari kursus dan atihan dalam tempoh 3 bulan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |