Dasar seumpama itu telah digubal oleh kerajaan pelbagai peringkat di kawasan dan kaunti yang lain di Urumqi selain kawasan Tianshan menurut keadaan tempat masing-masing. Sistem mendaftar penganggur dan pekerja akan dilaksanakan sebulan sekali di seluruh bandar itu, iaitu dengan jabatan perlindungan pekerja dari pelbagai kawasan penduduk setiap bulan mengadakan penyiasatan terhadap setiap keluarga untuk mendapatkan keutamaan pengangguran yang tepat dan dimasukkan ke dalam internet jabatan perlindungan pekerja supaya peluang pekerjaan dapat disediakan kepada penganggur. Selain itu, Jabatan Perlindungan Pekerja Bandar Urumqi juga mengambil pelbagai tindakan untuk membantu penganggur etnik minoriti, misalnya menyediakan peluang pekerjaan yang baru secara berterusan dan menjamin peluang pekerjaan yang baru dengan kadar tertentu untuk penganggur etnik monoriti. Pengarah Jabatan Perburuhan dan Jaminan Bandar Urumqi Puan Zhu Wenzhi berkata bahawa meningkatkan ekonomi etnik minoriti merupakan tindakan secara langsung untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk etnik minoriti. Banyak destinasi pelancongan dan tempat membeli belah yang menarik dan bersesuaian yang dapat disediakan untuk meningkatkan ekonomi etnik minoriti dengan mengalih penganggur etnik minoriti ke sana. Tindakan ini telah menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada pekerja etnik minoriti bandar kita yang memberikan kesan peningkatan ekonomi yang amat besar.

Berdasarkan pelakanaan tindakan tersebut, seramai kira-kira lebih 2 ribu orang penganggur etnik mioriti yang tinggal di bandar Urumqi telah mendapat peluang pekerjaan dari tahun 2001 hingga penghujung November tahun ini. Jumlah mewakili 23% daripada jumlah keseluruhan penganggur. Dasar yang digubal oleh kerajaan Bandar Urumqi itu telah mendapat sokongan daripada penganggur etnik minoriti. 1 2
|