v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembaharuan Tarian Etnik Hui dan Reka Fesyen Pakaian Etnik Hui telah Ditingkatkan di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China

2008-02-22 10:08:22 CRI

Etnik Hui adalah salah satu etnik minoriti yang terbesar di China. Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk etnik itu berjumlah lebih 8.6 juta orang, menduduk tempat ke-4 teramai antara etnik-etnik minoriti di China. Kawasan penempatan penduduk etnik Hui sangat luas, hampir semua kawasan di China terdapat penduduk etnik itu. Penduduk etnik Hui tinggal secara berkelompok-kerompok di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Provinsi Gansu, Qinghai, Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang, Provinsi Henan, Hebei, Shangdong dan Yunnan. Penduduk etnik Hui biasanya tinggal secara berkelompok di kawasan yang terdapat masjid.

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia mempunyai jumlah penduduk etnik Hui yang paling ramai. Wilayah itu dikenali sebagai kampung halaman etnik Hui. Pemandangan di wilayah itu sangat indah, terdapat hutan hijau dan padang pasir yang luas. Sungai Kuning yang didikenali sebagai sungai ibunda di China melalui wilayah itu. Penduduk etnik Hui bersama-sama penduduk etnik lain rajin bekerja dan menjadikan wilayah itu sangat makmur.

Fesyen pakaian dan seni tarian yang mempunyai keistimewaan telah wujud lama di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China, iaitu kawasan yang didiami oleh kebanyakan penganut Islam yang terbesar di China.

Hiasan kepala orang etnik Hui mempunyai keistimewaan bersifat kebangsaan dan unsur tempatan yang tebal dari fesyen pakaian etnik Hui Ningxia. Misalnya, lelaki etnik itu gemar memakai topi putih, memakai jaket yang tidak berlengan, kemeja putih dan seluar biru atau kelabu. Gadis etnik ini pula suka memakai baju yang berwarna terang dan memakai tudung kain sutera hijau. Wanitanya pula suka memakai topi putih dan tudung berwarna hijau. Pakaian etnik Hui kebanyakannya berwarna putih, hijau dan hitam.

Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China telah mengambil tindakan untuk mengekalkan warisan dan menyebarkan tarian dan seni fesyen pakaian etnik Hui, dan berusaha untuk melaksanakan pembaharuan pada tahun-tahun kebelakangan ini, supaya tarian dan fesyen pakaian etnik Hui dapat terus ditingkatkan dan diwarisi.

Pertunjukan seni tarian dan pameran fesyen pakaian etnik Hui Ningxia China yang pertama tahun 2007 telah dirasmikan di Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China baru-baru ini. Pakar dan sarjana dari pelbagai tempat yang berusaha untuk menggubah tarian etnik Hui dan melakukan penyelidikan tentang fesyen pakaian etnik Hui telah diundang untuk mengemukakan cadangan dan idea untuk membaharui dan meningkatkan kemajuan kebudayaan etnik ini. Kejayaan pameran fesyen pakaian dan pertunjukan kesenian ini telah membolehkan pakar dan sarjana dari sektor tarian dan pakaian dari pelbagai tempat China memenuhi harapan terhadap masa depan tarian dan pakaian etnik Hui China. Feng Shuangbai, Naib Pengarah Persatuan Ahli Tarian China berkata bahawa pada pendapat saya, pertunjukan kesenian dan pameran pakaian etnik Hui ini merupakan mercu tanda dan membuktikan bahawa kesenian dan kebudayan etnik Hui telah meningkat dengan pesat. Saya yakin bahawa kebudayaan dan kesenian, khususnya tarian etnik Hui sepatutnya mencapai kejayaan yang lebih besar.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |