Pertunjukan tarian dan pameran fesyen pakaian etnik Hui bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan, pembukaan dan pembaharuan dalam sektor seni tarian, fesyen pakaian etnik Hui. Aktiviti ini telah memberikan peluang pertukaran antara penggubah tarian dan pereka fesyen pakaian etnik Hui. Puan Ma Shumin, seorang pereka fesyen pakaian dari Persatuan Pakaian Etnik Minoriti China berkata bahawa pertunjukan kesenian tarian dan pameran fesyen pakaian etnik Hui yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Etnik-Etnik dan Persatuan Kebudayaan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia ini telah menjadi platform untuk mendedahkan bakat pereka fesyen pakaian etnik Hui yang profesional.

57 karya seni arian dan 502 set fesyen pakaian etnik Hui yang dipilih dari seluruh negara itu telah dipamerkan dan dipertunjukkan dalam pesta ini. 21acara pertunjukan seni tarian etnik Hui dan 238 set fesyen pakaian etnik Hui telah mendapat penilaian yang tinggi melalui pemeriksaan yang kerap dilakukan. Pertunjukan seni tarian memperlihatkan ciri-ciri kepercayaan agama dan mencerminkan kehidupan penduduk etnik Hui supaya perasaan penduduk etnik Hui dari pelbagai aspek dapat dibentangkan. Encik Li Yushan, Naib Pengerusi Persatuan Ahli Tarian China berpendapat bahawa pertunjukan seni tarian yang dipersembahkan dalam aktiviti ini mempunyai permulaan yang tinggi dalam pelbagai aspek.
"Bertuah Suci", pertunjukan tarian yang dipersembahkan oleh pelajar dari Institut Kesenian Universiti Perguruan Provinsi Yunnan di barat daya China telah mendapat hadiah pertama dalam pertunjukan kesenian ini. Puan Ma Wenjing, pengarah tarian itu berkata bahawa kelahiran seorang bayi telah mendatangkan sinaran mata hari yang cemerlang kepada bangsa kita dan hari ini merupakan hari raya bagi penganut Islam. Tarian ini juga bermakna bahawa etnik Hui merupakan satu etnik yang telah mencapai kemajuan dan mencintai kedamaian serta keharmonian.

Dimaklumkan bahawa penduduk etnik Hui yang mempunyai anggota lebih 10 juta orang ini tinggal di pelbagai tempat di China pada masa ini. Oleh itu, pembangunan pasaran pakaian etnik Hui mempunyai masa depan yang lebih cerah. Pertunjukan seni tarian dan pameran fesyen pakaian etnik Hui ini mempamerkan sejumlah besar pakaian sehari-hari, pakaian yang santun an pakaian seragam, dan ditonjolkan melalui aktiviti ini supaya membolehkan penduduk etnik Hui memakai pakaian yang cantik, kemas dan mempunyai ciri-ciri etnik Hui yang asal. 1 2
|