v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Etnik She yang Kini telah Menikmati Kehidupan yang Agak Selesa

2008-02-29 09:40:00 CRI

Terdapat sebuah mukim penduduk etnik She yang terletak di bandar Guixi provinsi Jiangxi di tengah China. Kawasan itu terletak di barat gunung Wuyi, betul-betul di antata provinsi Jiangxi dan provinsi Fujian China. Mukim yang seluas 122 kilometer persegi itu mempunyai penduduk seramai 1090 orang. Penduduk etnik She mempunyai bahasa etnik mereka sendiri, tetapi mereka tidak mempunyai tulisan etniknya dan biasanya bertutur dalam bahasa Mandarin. Penduduk etnik ini juga tidak mempunyai hariraya etnik mereka sendiri. Mereka merayakan Tahun Baru China, Capgome yang disebut "Pesta Tnglung" dan pesta kuih bulan yang sama dengan penduduk etnik Han.

Mukim Zhangping etnik She itu terletak di kawasan pergunungan dengan puncak-puncak gunungnya yang tinggi lagi megah, di sana, buluh tumbuh menghijau sepanjang tahun, pemandangan alamnya indah permai, dan udaranya sentiasa nyaman. Medan totem etnik yang mempunyai sejarah yang lama dan budaya yang kaya ini sungguh menarik, hanya terdapat di mukim etnik She.

Terdapat 4 batang tiang kayu berukir yang tingginya 5 meter dan lebarnya satu meter terletak di tengah-tengah medan totem yang luasnya 1000 meter persegi. Gambar pada dinding dan gambar pahatan timbul yang terukir di tiang kayu itu sangat elok coraknya dan kelihatan luar biasa sekali. Encik Xie Jiangen, penyelidik dari Muzium Bandar Guixi provinsi Jiangxi berkata bahawa gambar dinding mencerminkan proses utama kelahiran, kemudian berpindah randah dan yang paling menarik ialah mereka tinggal bersama-sama dengan anjing untuk memburu.

Beliau menyatakan bahawa amalan penduduk etnik She memuja totem anjing mereka sendiri itu berkait erat dengan tradisi memburu binatang pada masa yang lalu. Peduduk etnik She memuja Totem naga dan kylin, iaitu seperti dewa yang kepalanya serupa dengan naga, tubuh badannya serupa dengan kylin, semacam binatang dalam cerita dongeng.

Terdapat kisah yang menarik tentang "Longqi" naga kylin yang dikatakan nenek moyang penduduk etnik She. Kononya pada suatu masa dahulu, seorang maharaja berjanji bahawa anak perempuannya akan dikahwinkannya dengan teruna yang berani mengalahkan raja daripada puak lawannya. Ongqi telah memotong kepala raja puak tersebut dan menghidangkannya kepada maharaja itu. Seperti yang dijanjikan, dia telah berkahwinkan dengan puteri yang sudah lama dicintai olehnya itu. Longqi telah berpindah ke gunung phonex provinsi Guangdong, dan hidup di sana turun temurun.

Pesta budaya dan adat resam penduduk etnik She mempunyai ciri-ciri etnik yang tebal. Perkahwinan merupakan salah satu aktivitinya. Gadis dan teruna sering kali menyanyikan lagu rakyat untuk mencari kekasih. Jika seseorang teruna itu jatuh cinta pada seseorang gadis, dia akan meminta bantuan mak perantara untuk berkahwin dengan gadis. Jiaka gadis itu bersetuju, dia akan membuka pintu untuk mengizinkan teruna itu masuk. Encik Xie Jiangen berkata bahawa upacara perkahwinan itu sungguh menarik. Pihak teruna akan menyanyikan lagu di pinggir kampung itu untuk gadisnya dan dia mesti menjawab soalan yang dikemukakan oleh gadis itu. Selepas itu baru dia diizinkan masuk ke kampung itu, iaitu selepas pesta menyanyikan lagu diadakan.

Sekarang ini, perkahwinan dalam kelangan etnik She tidak berbeza dengan perkahwinan dalam kalangan penduduk etnik Han disebabkan lamanya perhubungan dan banyaknya pertukaran hubungan berlaku antara kedua-duanya. Penduduk entik She merupakan etnik yang gemar menyanyi dan menari. Terdapat banyak tarian dalam budaya mereka, antaranya tarian tanglung yang dapat dilindungi dengan kini dimajukan di mukim Zhangping.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |