v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Etnik She yang Kini telah Menikmati Kehidupan yang Agak Selesa

2008-02-29 09:40:00 CRI

Tarian tanglung bagi penduduk etnik She diadakan untuk merayakan hasil tuaian yang makmur dan merayakan Tahun Baru China. Tarian ini dipersembahkan oleh lebih 20 orang penari. Mereka menyanyi dan menari dalam suasana riang gembira. Terdapat banyak tanglung yang berwarna-warni, tanglung bercorak tama-rama, tanglung bercorak ikan dan burung kosa. Lei Manguo, seorang penggemar tarian tanglung etnik She berkata bahawa

Tarian tanglung yang beraneka ragam mempunyai ertinya sendiri. Misalnya tanglung bercorak ikan bermakna mendapat wang yang lebih berterusan. Tanglung sebaris bermakna mendapat wang yang lebih banyak. Tanglung biasa bermakna mencapai kejayaan segera. Tanglung bercorak rama-rama membawa makna percintaan. Kami berharap agar tarian tanglung membawa perasaan riang gembira dan kebahagiaan kepada setiap penduduk etnik She yang tinggal di mukim itu.

Penari tanglung memakai pakaian etnik She dan memakai hiasan kepala iaitu tudung yang dilukis dengan gambaran kepala anjing dengan cirri-ciri etnik mereka sendiri. Penari-penari juga pandai menyanyikan lagu tanglung yang lemah gemalai, iaitu lagu rakyat etnik She yang asli.

Tanglung akan dibakar selepas tarian tanglong dipersembahkan sepanjang malam semasa merayakan pesta kuih bulan untuk memuja nenek moyang mereka dan memohon kebahagiaan sepanjang tahun yang baru itu. Mereka berharap agar taraf hidup penduduk tempatan meningkat dengan pesat pada sama masa akan datang seperti kuda yang berlari tangkas. Seiring dengan perubahan zaman, tarian tanglung penduduk etnik She ini juga telah mencapai kemajuan.

Sekarang,tarian tanglung sering dipersembahkan oleh penduduk etnik She untuk merayakan hari raya atau dalam pesta yang besar-besar. Tarian tanglung etnik She ini dipersembahkan semasa Sukan Etnik Minoriti Kebangsaan ke-4 China yang diadakan sejak tahun 1996 kagi. Tarian ini juga dipersembahkan dalam upacara merayakan ulang tahun ke-50 penubuhan Republik Rakyat China di Beijing pada tahun 1999, dan mendapat sambutan yang hebat daripada penonton seluruh negara China.

Lebih seribu lagu rakyat etnik She telah tersebar dengan luasnya sehingga kini. Lagu-lagu tersebut dapat dikelompokkan kepada tiga, iaitu lagu memetik daun teh, lagu seloka rakyat yang mengeksperesikan kehidupan rakyat yang baru.

Mukim Zhangping mundur kerana kekurangan kemudahan dan lalu lintas pada masa lalu. Kini pertumbuhan ekonomi perhutanan telah meningkat dengan pesat. Kehidupan penduduk etnik She juga telah mengalami perubahan yang besar disebabkan bantuan secara besar-besaran daripada kerajaan pusat China ini. Lei Xianggui, seorang penduduk etnik She berkata bahawa pada suatu masa dahulu, jumlah pendapatan tahunan penduduk etnik She hanya 500 atau 600 yuan RMB disebabkan oleh kesukaran perhubungan dan lalu lintas dan ketiadaan bekalan elektrik. Sekarang ini jalan raya telah dibina di mukim Zhangping. Kami dapat minum air yang bersih dan dapat tinggal di rumah yang agak baik. Kini kami dapat menikmati kehidupan yang sangat selesa.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |