v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kampung Yingpan yang didiami oleh penduduk etnik Buyi China

2008-03-07 09:32:03 CRI

Kampung Yingpan yang didiami oleh penduduk etnik Buyi itu terletak di kawasan peluaran bandar Guiyang ibu kota provinsi Guizhou China. Industri pelancongan kampung Yingpan yang berasaskan sejarah dan budaya etnik-etnik di kampung itu telah meningkat dengan pesatnya akhir-akhir ini dan taraf hidup penduduk kampung itu juga telah meningkat berkaitan perubahan besar yang dialami oleh kampung itu. Encik Cen Desong, ketua kampung Yingpan berusaha untuk memimpin penduduk kampung itu supaya dapat menikmati kehidupan yang agak selesa.

Beliau yang berumur 40 tahun dan bertubuh sasa itu merupakan orang yang sangat bijak. Penduduk etnik Buyi mewakili 96% daripada jumlah keseluruhan penduduk kampung Yingpan itu dan tanahnya kurang. Ketika Cen Desong menjawat jawatan ketua kampung itu pada tahun 2002, pendapatan penduduk kampung itu amat rendah dan tenaga pekerja berlebihan. Beliau berkata bahawa ketika itu jurang perbezaan antara yang miskin dengan yang kaya sangat luas, manakala ekonomi dan alam sekitar terlalu mundur di kampung itu. Pada beberapa orang penduduk kampung itu yang telah membuka restoran kecil, namun, jumlah pendapatan mereka terlalu rendah. Kebanyakan kaum tani tetap mengusahakan tanah pertanian.

Demi mengubah nasib mereka, Cen Dengsong telah memimpin penduduk kampung itu untuk melaksanakan pengurusan perusahaan. Beliau giat mengadakan promosi, dan bercita-cita menubuhkan perusahaan di kampung itu untuk membantu membebaskan penduduk kampung itu daripada kemiskinan dan menikmati kehidupan yang selasa. Tetapi, kerana kampung Yingpan terletak di kawasan lindungan sumber air bandar Guiyang, kebanyakan perusahaan yang ingin dibawa masuk ke kampung itu tidak dapat dilaksanakan kerana data perlindungan alam sekitar tidak standard. Oleh itu, hasrat Cen itu telah terhalang. Beliau berkata bahawa di kampung ini, terdapat banyak kubu yang merupakan benteng pertahanan tentera zaman purba, tinggalan zaman dinasti Ming, dan budaya etnik Buyi pula amat kaya. Oleh itu, saya berhasrat mewujudkan pelancongan kubu purba dan restoran masakan etnik minoriti di kampung kami .

Kampung Yingpan pernah menjadi pusat pertahanan tentera dinasti Ming lebih 600 tahun yang lalu. Syarikat Restoran Kubu Purba Yingpan Berhad yang diketuai oleh Encik Cen itu telah ditubuhkan berasaskan keunikan kampung itu dan adat resam etniknya yang tebal.

Selepas syarikat itu ditubuhkan, industri pelancongan kubu purba telah meningkat dengan pesat. Restoran-restoran yang dibuka di sekitar kubu pertahanan tentera yang dibina pada zaman Dinasti Ming itu juga menjadi begitu makmur. Syarikat Restoran Kubu Yingpan Berhad yang diuruskan dengan jayanya itu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung itu. Kebanyakan pekerja desa dari tempat lain juga mendapat peluang bekerja di syarikat itu. Cen Desong berkata, kami mengundang banyak pensyarah dari institusi pelancongan untuk mengadakan kursus dan latihan bagi penduduk kampung itu. Tentera juga diundang untuk memberikan latihan ketenteraan kepada pekerja dari kubu purba ini supaya dapat memperlihatkan ciri-ciri budaya dan ketenteraan dari kubu purba yang berkesan.

Pembangunan pelancongan kubu purba di kampung Yingpan itu telah menarik lebih ramai penduduk bandar Guiyang untuk mengadakan pelancongan ke sana. Pelancong dapat mendaki gunung dan menikmati suasana ketenteraan dan budaya pada zaman silam. Selepas itu, mereka dapat menikmati lauk pauk yang dimasak oleh penduduk etnik Buyi sendiri dan menikmati nyanyian dan tarian etnik Buyi. Cen Desong berkata, kemakmuran industri pelancongan mendatangkan perubahan yang besar kepada kampung Yingpan. Kata beliau, jumlah modal dari kampung itu meningkat 30 juta yuan RMB daripada 10 juta yuan RMB selepas Syarikat Restoran Kubu Purba Yingpan Berhad ditubuhkan, iaitu sejak industri pelancongan dan restoran dilaksanakan. Taraf hidup penduduk kampung telah meningkat dengan pesatnya daripada masa yang lalu. Keadaan alam sekitar dan kesihatan di kampung itu telah berubah menjadi lebih baik daripada masa yang lalu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |