v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ben Bha, Seorang Penduduk Etnik Tibet Amalkan Kehidupan yang Baru

2008-03-14 12:50:08 CRI

Terdapat sejumlah kecil penduduk yang masih hidup miskin di Wilayah Autonomi Tibet di barat China disebabkan oleh iklim kawasan itu kurang baik. Kerajaan China telah meningkatkan bantuan secara besar-besaran bagi membanteras kemiskinan di wilayah yang berkenaan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Projek perumahan untuk kaum tani dan penternak telah dilaksanakan di Tibet dengan jumlah keseluruhan pelaburan yang mencatat lebih 7 bilion yuan RMB sejak tahun 2006 yang lalu. Projek perumahan untuk kir-kira 120 ribu buah keluarga ini telah selesai dan memberikan manfaat kepada kira-kira 600 ribu orang petani dan penternak.

Ben Bha, seorang penduduk etnik Tibet yang tinggal di mukim Yangda bandar Lhasa, Wilayah Autonomi Tibet adalah salah seorang penduduk yang mendapat manfaat daripada projek tersebut. Beliau memperlihatkan rumah barunya selepas menghidangkan semangkuk teh mentega panas kepada kami. Beliau berkata, saya telah berpindah ke rumah ini pada tahun lalu. Projek perumahan yang ditaja oleh kerajaan Wilayah Autonomi Tibet ini telah dilaksanakan di seluruh daerah ini itu bermula pada tahun 2006. Belanja pembinaannya berjumlah 24 ribu yuan RMB, sebahagiannya diberikan oleh kerajaan tempatan dan selebihnya wang simpanan saya sendiri. Sebelum ini, kami tinggal di rumah yang kecil, gelap dan kurang bersih. Tetapi sekarang kami tinggal di rumah yang besar dan terang. Saya berusaha untuk membolehkan ibu bapa dan semua warga tuga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Katanya, kerajaan tempatan bukan hanya memberikan bantuan melalui projek perumahan kepada mereka, malah memberikan banyak sokongan dalam pelbagai aspek untuk membaiki kehidupan penduduk kampung tersebut. Katanya beliau, kerajaan Pelbagai peringkat di Tibet telah memberikan banyak bantuan kepada penduduk kampung ini. Semua janji mereka telah ditunaikan termasuk subsidi yang disediakan untuk projek perumahan tersebut, subsidi kepada kaum tani dan penternak serta keluarga yang berpendapatan rendah. Purata subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada keluarga petani setiap tahun berasaskan keluasan tanah pertanian masing-masing. Selain itu, kerajaan juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada kami, di samping bercucuk tanam. Pihak kerajaan juga telah mengadakan kursus dan latihan untuk meningkatkan mutu produk pertanian.

Selain itu, Ben Bha, adik lelakinya juga mendapat banyak faedah daripada projek ini. Beliau telah menguruskan usaha sambilan di tempat lain dan jumlah pendapatannya telah meningkat selepas mengikuti kursus dan latihan yang dianjurkan oleh kerajaan tempatan.

Ben Bha berkata bahawa penduduk kampung berasas sungguh gembira kerana dapat merayakan Tahun Baru China di rumah yang baru. Mereka mendapatkan subsidi yang disediakan oleh kerajaan untuk membeli belah sempena perayaan Tahun Baru China. Keadaan tahun ini amat berbeza daripada tahun yang lalu. Beliau berkata, dulu, kami hanya memasak lobak dan sayur-sayuran ketika merayakan Tahun Baru China kerana tiada peti sejuk dan barang makanan tidak dapat disimpan lama. Kehidupan penduduk kampung amat berbeza daripada masa yang lalu. Sekarang, sayur-sayuran dapat simpan di dalam peti sejuk. Penduduk kampung juga mampu membeli TV sekarang ini untuk menonton berita dalam dan luar negara demi memperkaya budaya hidup penduduk mereka.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |