v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ben Bha, Seorang Penduduk Etnik Tibet Amalkan Kehidupan yang Baru

2008-03-14 12:50:08 CRI

Ketika menyentuh perubahan hidup keluarganya pada tahun-tahun kebelakangan ini, Pur Pu Tsering, bapa kepada Ben Bha berkata, dulu, anggota keluarga kami tinggal di rumah yang luasnya tidak sampai 20 meter persegi. Kami dapat tinggal di rumah baru yang besar sesudah dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Saya yang berumur 67 tahun ini berasa amat bahagia kerana dapat tinggal di rumah yang baru ini.

Dam Dren Wongdui yang berumur 10 tahun ini, ialah anak lelaki Ben Bha. Dia berasa sungguh gembira kerana dapat tinggal di rumah yang dilengkapi perkakas elektrik dan dapat menikmati sinaran TV. Dia berkata, saya berasa sungguh gembira kerana ada dua buah TV yang baru dan begitu banyak perkakas baru di rumah yang baru ini.

Secara ringkat, kehidupan keluarga Ben Bha merupakan contoh keadaan kehidupan selepas projek perumahan petani dan penternak yang dianjurkan oleh kerajaan China dilaksanakan di Wilayah Autonomi Tibet. Berdasarkan bantuan kerajaan pusat, sejumlah 100 juta yuan RMB telah diperuntukkan oleh kerajaan tempatan Tibet untuk melaksanakan segera projek perumahan, pemugaran kawasan perumahan dan pemindahan kaum tani dan penternak bagi tempoh selama tiga tahun yang akan datang. Lebih 80% petani dan penternak telah dapat tinggal di rumah yang baru dan selamat. Selain itu, kira-kira 30 ribu buah keluarga petani dan penternak di Tibet dijangka dapat tinggal di rumah yang baru pada tahun 2010 yang akan datang ekoran peruntukan dana dan pelaksanaan projek yang disediakan untuk Tibet.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |