v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ahli Etnik Minoriti yang Menyertai Sidang Tahunan Pertama Majlis Menyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan yang Memperkenalkan Pembangunan dan Perubahan di Kawasan Barat China

2008-03-21 13:20:48 CRI

Sidang Tahunan Pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China CPPCC telah ditutup di Beijing baru-baru ini. Ahli-ahli etnik minoriti yang menyertai sidang tersebut semasa diwawancara oleh pemberita radio kami telah memberikan penilaian yang tinggi terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat China bagi meningkatkan pembangunan di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Kebanyakan penduduk etnik minoriti tinggal di kawasan barat China. Kerajaan pelbagai peringkat telah mengambil pelbagai tindakan untuk memajukan pembangunan di kawasan barat beberapa tahun kebelakangan ini. Ahli Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China dari Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang Encik Daymik Divana mengatakan bahawa, sekali pun kampung halamannya terletak di kawasan yang terpencil, namun, kehidupan penduduk di sana sama dengan penduduk yang tinggal di kawasan lain yang telah mengalami perubahan yang besar. Ketika menyentuh isu yang mengatakan penduduk di sana sukar mendapat rawatan atau tidak mampu membayar kos rawatan apabila mereka sakit. Beliau berkata, sekarang ini 70% kos rawatan pesakit dibayar oleh kerajaan tempatan, bermakna hanya sejumlah kecil sahaja yang dibayar sendiri oleh petani dan penternak.

Oleh sebab sistem jaminan perubatan tidak dapat dilaksanakan di kawasan yang didiami oleh petani dan penternak di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang pada masa dahulu, maka kos rawatan terpaksalah dibayar oleh mereka sendiri. Sistem perubatan kerjasama telah dibentuk oleh kerajaan tempatan dan dilaksanakan di kawasan yang didiami oleh petani dan penternak. Sistem ini menyediakan subsidi tertentu kepada mereka. Jadi, ramai petani dan penternak yang telah mendapat manfaat daripadanya. Dimaklumkan, bahawa sistem perubatan kerjasama di desa yang baru akan dilaksanakan secara menyeluruh di Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang pada tahun ini. Dengan yang demikian, sistem tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta orang penduduk tempatan dalam masa terdekat.

Encik Qianjin, etnik Lhoba dari kaunti Milin Wilayah Autonomi Tibet China menyatakan bahawa, kemudahan perubatan di Tibet telah mengalami perubahan yang besar dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu. Kerajaan tempatan bukan sahaja telah membina hospital di tempat yang berhampiran dengan kawasan kediaman penduduk, malah telah mengambil beberapa banyak tindakan secara besar-besaran bagi melindungi kaedah perubatan etnik, seperti ubat-ubatan dari Tibet supaya peluang mengembangkan pengeluaran ubat-ubatan tersebut dengan cara yang baru dapat disediakan di kaunti Milin itu. Kata beliau, sumber ubat-ubatan di kaunti Milin sangat banyak. Penanaman ubat-ubatan di sana jgua telah mendapat perlindungan pada masa sekarang. Hasil ubat-ubatan yang ditanam itu dibeli oleh kilang pengeluaran ubat-ubatan, hospital dan Syarikat Perdagangan di Wilayah Autonomi Tibet.

Ahli Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China akan menyerahkan pendapat dan cadangan mereka masing-masing tentang dasar politik negara dan isu yang mempunyai kepentingan rakyat dalam sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China. Cadangan mereka yang lalu telah memajukan kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti. Sebagai seorang Buddha yang hidup di Kuil Laru, salah sebuah kuil yang terbesar di kawasan Linzhi Tibet, Luosang Tanbaynima merupakan ahli Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China. Cadangan tentang pembangunan lapangan terbang di Linzhi yang dikemukakan oleh beliau pada beberapa tahun lalu direalisasikan pada tahun lepas. Beliau berkata, lapangan terbang dan landasan kereta api Qinghai-Tibet telah siap dibina di kawasan Linzhi. Ini dapat menyediakan lebih banyak kemudahan bagi pelancong dari Beijing, provinsi Guangdong dan Fujian untuk datang ke Tibet. Penduduk Tibet juga berasa sungguh gembira kerana mereka dapat berurus niaga pada masa sekarang.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |