v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ahli Etnik Minoriti yang Menyertai Sidang Tahunan Pertama Majlis Menyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan yang Memperkenalkan Pembangunan dan Perubahan di Kawasan Barat China

2008-03-21 13:20:48 CRI

Selain itu, isu pendidikan untuk penduduk etnik minoriti juga diberikan keutamaan oleh kerajaan China. Perdana Menteri China Wen Jiabao ketika membuat laporan kerja kerajaan bagi jangka masa 5 tahun yang lalu telah memperkatakan kejayaan China dalam bidang ini. Kata beliau,

kos pendidikan yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan China untuk 5 tahun yang akan datang mencecah 243 juta yuan RMB, jumlah itu meningkat 1.26 kali ganda daripada jumlah bagi jangka masa 5 tahun yang lalu. Pendidikan wajib selama 9 tahun dan rancangan membasmi buta huruf bagi golongan remaja dan dewasa di kawasan barat China telah dilaksanakan menurut jadualnya. Pendidikan yang sama rata telah diwujudkan dan mencapai kejayaan yang besar.

Ahli Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, bekas Naib Menetri Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Negara China Zhou Mingpu, pernah bekerja di kawasan etnik minoriti selama 8 tahun. Beliau telah melihat dengan mata kepalanya sendiri perubahan besar yang berlaku di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti. Kata beliau, perubahan yang terbesar telah berlaku di sebuah kaunti yang mundur dalam masa setengah tahun sahaja. Baris demi baris rumah yang baru siap dibina di sana. Jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin telah tiada walaupun kemiskinan masih terdapat.

Kerajaan China telah meningkatkan pembangunan dengan pesat di kawasan barat beberapa tahun kebelakangan ini. Contohnya, kerajaan telah membaiki iklim pertumbuhan ekonomi di kawasan autonomi, membasmi kemiskinan dan menenuhi keperluan penduduk etnik minoriti, dan berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan, sains dan teknologi penduduk di sana. Kerajaan juga telah meningkatkan taraf kesihatan dan perubatan penduduk, taraf kebajikan masyarakat dan meningkatkan secara berterusan pelaksanaan dasar pintu terbuka di kawasan autonomi yang lain supaya perkembangan yang terbesar berlaku di kawasan yang didiami oleh penduduk etnik minoriti barat China.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |