v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Changdiao, Iaitu Lagu Rakyat Etnik Mongol China yang telah Meningkat Maju

2008-04-04 16:51:49 CRI

Changdiao yang berirama merdu ini dikenali sebagai lagu panjang dalam bahasa penduduk etnik Mongol. Ia mempunyai sejarah yang lama.

Changdiao etnik Mongol ini dibahagikan kepada beberapa jenis. Menurut sesetengah penyelidik, Changdiao etnik Mongol yang tersebar di Uzhumuxin mempunyai cirri istimewa sebagai sebuah seni contoh teladan. Ketika menyentuh hal ini, Naib Pengerusi Persatuan Changdiao Kaunti Uzhumuxin Timur di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, Encik A, Huh dengan penuh yakin berkata, adat resam penduduk etnik Mongol dapat dilindungi dengan jayanya dan kini dapat mempamerkan inti pati budaya etnik di kaunti Uzhumuxin.

Kaunti Ushumuxin Timur terletak di sebelah tengah Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Penduduk etnik Mongol tempatan gemar menyanyi dan menari. Changdiao sebagai contoh lagu rakyat etnik Mongol dengan iramanya yang merdu telah terhasil secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang. Changdiao dipersembahkan ketika petani merayakan hasil tuaian dan ketika upacara perkahwinan dan upacara lain-lain. Baik warga tua yang berumur 80 tahun, mahupun anak-anak yang berumur 8 tahun, semuanya gemar menyanyikan lagu Changdiao. Kebanyakan penyanyi lagu ini berasal daripada keluarga penyanyi Changdiao. Batsuh, ialah seorang penyanyi Changdiao yang terkenal. Beliau berasal dari kaunti Uzhumuxin Timur. Kata beliau, Saya mula menyanyi lagu Changdiao sejak berumur 5 atau 6 tahun, menyanyi bersama-sama anggota keluarga. Ketika baru berumur belasan tahun, saya sudah pandai menyanyikan 30 hingga 40 buah lagu Changdiao.

Apabila beransur remaja, Batsuh belajar pula lagu Changdiao ini dengan seorang penternak warga tua yang tinggal di kaunti itu. Bayangkan, seorang kanak-kanak yang berumur 12 atau 13 tahun berbasikal dengan membawa sebuah Matouqin, alat muzik etnik Mongol ke sebuah kampung lain untuk belajar lagu Changdiao daripada seorang penternak tua.

Pada tahun 2000, Batsuh mendapat tempat kedua dalam pesta nyanyian Changdiao di kawasan Xilingele. Seterusnya, beliau mengikuti kursus dan latihan secara terancang di Institut Kesenian Universiti Mongolia Dalam pada tahun 2004. Batsuh sebagai salah seorang anggota delegasi kesenian China telah ikut serta dalam rombongan Perdana Menteri China Wen Jiabao ke Jepun pada bulan April tahun lalu dan telah mengadakan persembahan di sana. Dalam persembahan kesenian itu, Batsuh dan 3 orang artis yang lain telah menyanyikan lagu Changdiao di Panggung Negara Jepun di Tokyo. Persembahannya sebagai salah satu daripada 8 acara kesenian Kumpulan Kesenian China telah mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton Jepun. Ketika menyentuh peristiwa itu, Batsuh berasa sungguh gembira lalu berkata, dalam sejarah lawatan pemimpin negara China bahawa delegasi kesenian ke luar negara, Changdiao belum pernah diikutsertakan untuk membuat persembahan. Ini adalah persembahan pertama kami di luar negara, dan saya berasa sungguh gembira. Perdana Menteri Wen Jiao telah menemui kami keesokan harinya. Beliau berharap agar kami terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan negara dan budaya etnik minoriti.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |