Kata Batsuh, lagu Changdiao merupakan seni yang istimewa bercirikan budaya istimewa, menggambarkan rasa rindu kepada kampung halaman, dan sanak saudara, dan lagu minum selamat yang menyampaikan puji-pujian terhadap kuda. Ringkasnya, lagu Changdiao menceritakan sejarah, budaya, adat resam, kehormonian penduduk etnik Mongol dalam bahasa penduduk etnik itu sendiri. Seiring dengan perkembangan ekonomi pengeluaran dan gaya hidup penternak etnik Mongol ini, padang rumput telah menjadi kawasan pertanian dan bandar, manakala alam sekitar yang berkaitan dengan lagu Changdiao kini beransur dipupus. Sementara itu, pelbagai unsur budaya luar tersebar ke kawasan padang rumput dengan kepesatan yang luar biasa disebabkan oleh pembangunan perhubungan lalu lintas dan telekomunikasi. Persekitaran budaya di padang rumput dulunya tersedia untuk penyanyi lagu Changdiao kini mengalami perubahan yang besar. Penyanyi yang pandai menyanyikan lagu Changdiao semakin berkurangan dan tenaga profesional yang menyelidik teori lagu Changdiao semakin sedikit di Wilayah Autonomi Mengolia Dalam.

Kerajaan China telah menyediakan lebih banyak tenaga perofesional untuk melindungi lagu Changdiao. Jabatan budaya mengadakan pesta dan seminar penyelidikan Changdiao lebih kerap sekarang ini. Lagu Changdiao pula telah dimasukkan ke dalam buku teks dan kegiatan pengajaran telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah seni. Lagu Changdiao yang dijadikan sebagai suatu komponen yang penting daripada Lagu-Lagu Rakyat China telah diterbitkan. Lagu Changdiao disenaraikan dalam warisan budaya bukan benda dunia yang dipersetujui bersama-sama oleh China dan Republik Rakyat Mongolia pada bulan November tahun 2005 yang lalu. Demcig menyatakan bahawa lagu Changdiao akan mencapai kemajuan yang baru pada masa yang akan datang. Beliau penuh yakin terhadap perkara ini. Kata beliau, lagu Changdiao bukan sahaja dapat dipersembahkan di China, malah dapat dipentaskan di dunia.
Lagu Changdiao yang kedengaran tadi seolah-olah menceritakan sejarah yang panjang dan membayangkan masa depannya yang lebih cerah. 1 2
|