v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kegigihan Pekerja Pendatang sebagai Tukang Sapu, Xu Hui yang Bertugas di bandar Ningbo China

2008-04-22 15:10:43 CRI

Pada pukul 4 setiap subuh, iaitu ketika kebanyakan orang masih nyenyak tidur, seorang tukang sapu, Encik Xu Hui sudah bangun bersiap-siap untuk mula menjalankan tugasnya bagi membersihkan jalan-jalan di bandar itu.

Xu Hui, berasal dari Wuhu, Provinsi Anhui di bahagian tengah China bertugas sebagai tukang sapu di Bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di bahagian timur China pada masa ini. Sebagai seorang pendatang, Xu Hui bekerja dengan bersungguh-sungguh tanpa mengira penat lelah sehingga memenangi rasa hormat daripada orang ramai malah, beliau dianugerahi banyak gelaran. Bagaimana seorang tukang sapu boleh mencapai kejayaan sedemikian?

Xu Hui, 41 tahun, meninggalkan kampung halamannya 7 tahun lalu, berpindah ke Bandar Ningbo, Provinsi Zhejing dan bekerja sebagai tukang sapu.

Xu Hui berkata: "Saya dilahirkan di Wuhu, Provinsi Anhui. Isteri saya berpindah ke Ningbo lebih awal daripada saya. Kerja sebagai tukang sapu amat meletihkan dan kotor seluruh badan. Saya selama ini bersedia bertugas sebagai tukang sapu disebabkan gaji dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan terjamin."

Sejak diterima bekerja sebagai tukang sapu, Xu Hui berazam untuk menunjukkan kecekapannya dalam menjalankan tugas biasa.

Xu Hui diberi tugas untuk menangani kebersihan di sebatang jalan yang kedua-dua belah tepinya dibina kedai-kedai dan menjadi laluan sibuk pejalan kaki setiap hari, malah terdapat sebuah pasar sayur di sebelahnya. Tugas yang dipikulnya amat berat. Setiap subuh, Xu Hui terlebih dahulu menyapu jalan sebelum membersihkan setiap sudut yang kotor di jalan itu. Beliau hanya mengambil 12 minit sahaja bagi membersihkan jalan sepanjang hampir 700 meter. Selain itu, Xu Hui juga bertindak sebagai sukarelawan untuk menjaga kebersihan di tempat umum. Misalnya, menasihatkan pejalan kaki tidak membuang sampah merata-rata sebaliknya lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan dan memberitahu mereka tentang lokasi tong sampah. Xu Hui juga memujuk peniaga yang membuang sampah secara sembarangan supaya menghentikan perbuatan itu dan meletakkan tong sampah sementara di hadapan kedai.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |