v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kegigihan Pekerja Pendatang sebagai Tukang Sapu, Xu Hui yang Bertugas di bandar Ningbo China

2008-04-22 15:10:43 CRI

Xu Hui juga mendapat pujian daripada teman sekerjanya termasuk Encik Li. Beliau berkata: "Kami berdua telah saling mengenali ketika berada di kampung halaman. Xu Hui dikenali sebagai seorang yang bersikap teliti ketika menjalankan kerjanya dan sedia membantu orang yang dalam kesusahan. Beliau telah banyak kali dijadikan sebagai contoh dan teladan."

Makcik Tu Chuanxin telah mendapat bantuan daripada Xu Hui.

Xu Hui berkata: "Pada 19 Mac 2003, kalau tidak salah ingatan, ketika sedang menyapu jalan, saya ditadangi makcik Tu Chuanxin yang bertanya kepada saya sama ada ternampak kad susunya. Saya menjawab, tidak nampak kad itu. Memandangkan nenek tua itu begitu gusar, saya berasa kasihan dan memutuskan untuk mengosongkan kereta sampah yang sudah saya isikan penuh sampah sarap. Kalau-kalau ada kad yang dimaksudkan. Akhirnya, saya mendapati keempat-empat kad susu yang dikehendaki Makcik Tu Xinchuan ada diantara bahan buangan itu. Beliau merasa gembira dan menulis sepucuk surat dan mengirimkannya ke pejabat saya selepas itu."

Makcik Tu Xinchuan mula mengumpulkan segala laporan berita mengenai Xu Hui dan menjilidkannya sebagai buku.

Makcik Tu Xinchuan berkata: "Saya berpendapat bahawa Xu Hui bersikap telili dalam menjalankan kerjanya. Ia sungguh hebat bagi mereka yang mencapai kejayaan dalam menjalankan tugas biasa. Saya berterima kasih kepada Xu Hui yang mesra dan ramah, pernah membantu saya di saat-saat cemas mencari kad susu yang hilang."

Terdapat beberapa "khabar gembira" terhadap Xu Hui yang berlaku secara berturut-turut. Pada bulan Mei tahun 2007, Xu Hui dianugerahkan gelaran "Teladan Pekerja Ningbo". Empat bulan selepas itu, Xu Hui memenangi gelaran "10 Pekerja Gemilang yang Bermoral" di Provinsi Zhejiang. Pada masa ini, beliau masih dipilih sebagai bakal pembawa obor dalam larian obor Sukan Olimpik Beijing.

Pihak berkuasa Ningbo baru-baru ini mengeluarkan peraturan yang membolehkan pekerja pendatang di bandar itu dimasukkan dalam rantaian insurans sosial tempatan yang terdiri daripada lima komponen. Komponen tersebut ialah insurans kecederaan pekerjaan, rawatan perubatan, saran warga emas, pengangguran dan penyalinan. Bilangan pekerja pendatang yang dapat menikmati perkhidmatan tersebut mencatat 2.85 juta orang.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |