v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pewarisan dan Perlindungan Budaya Tibet telah Meningkat

2008-04-23 13:27:28 CRI

Opera Tibet ialah sejenis kesenian yang menggabungkan nyanyian, tarian dan bacaan untuk menceritakan puisi atau cerita. Opera Tibet di Juemulong mempunyai sejarah lebih 300 tahun dan telah masukkan ke dalam senarai warisan kebudayaan dunia pertama di China. Ketika pesta yang penting-penting berlangsung di Tibet, penduduk tempatan selalunya akan mempersembahkan opera Tibet.

Seiring dengan peningkatan sosioekonomi Tibet beberapa tahun kebelakangan ini, dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka terus dilaksanakan di Tibet. Opera Tibet yang mempunyai ciri-ciri budaya yang silam ini telah dipulihkan. Banyak drama opera Tibet yang hampir pupus telah dipuliakan semula. Chija, seorang pelakon yang telah mempersembahkan opera Tibet selama kira-kira 30 tahun ini berkata, bahawa sejak kecil, saya memang suka menyanyikan opera Tibet, namun, hanya untuk memenuhi kegemaran sendiri sahaja. Namun, setelah terpilih, kami telah mengadakan latihan dan persembahan, iaitu sejak menganggotai kumpulan kesenian ini. Seiring dengan pembangunan industri pelancongan yang pesat di Tibet, persembahan opera Tibet telah menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Dengan itu, kumpulan kesenian kami menjadi harum dan jumlah pendapatan juga bertambah daripada masa yang lalu.

Melalui kerja-kerja pengumpulan, penyuntingan dan pemulihan seni budaya silam ini oleh kerajaan Tibet, bukan sahaja seniman tua Tibet, seperti Chija bergiat dalam kesenian tradisional yang digemarinya, malah wariak budaya itu juga dapat perlindungan dari kerajaan tempatan.

Samdrup, seorang warga tua etnik Tibet yang berumur 85 tahun merupakan seorang seniman tua yang mempersembahkan "Riwayat Raja Gesar". Ini merupakan satu-satunya epik etnik Tibet. Demi menjaga agar epik sejarah yang baik ini dapat diwarisi secara turun-temurun, Samdrup sering diundang oleh kerajaan tempatan untuk memperkenalkan seni lisan ini di Universiti Tibet dan Akademi Sains dan Sosial Tibet. Di samping itu, jabatan yang berkenaan di Wilayah Autonomi Tibet juga secara khusus menyediakan rumah penginapan dan memberi subsidi sara hidup secara khusus kepada beliau dan seniman sepertinya.

Sebuah dua legenda daripada "Riwayat Raja Gesar" ini telah diterbitkan secara terancang oleh jabatan yang berkenaan di Wilayah Autonomi Tibet, dan lebih 30 jilid telah diterbitkan sejak tahun 1980 yang lalu. "Riwayat Raja Gesar" merupakan satu-satunya epik yang diwarisi oleh seniman berserita tertua, kini, kebanyakan seniman secara lisan. Kini kebanyakan mereka lanjut usia dan ada yang telah meninggal dunia. Oleh yang demikian, kerja pengumpulan dan penyuntingan epik "Riwayat Raja Gesar" ini menjadi amat sukar dan mendesak. Pakar Insitusi Etnik Akademi Sosial dan Sains Wilayah Autonomi Tibet Encik Rigzin berkata, bahawa tugas yang mendesak kini ialah merakam dan menerbitkan legenda yang diceritakan oleh seniman tertua seperti Samdrup dengan secepat mungkin. Lebih 60 legenda yang diceritakan oleh Samdrup dijangka juga diterbitkan dalam tempoh 5 hingga 8 tahun ini. 27 buah buku hasil penceritaan kumpulan seniman ini telah diterbitkan dalam tempoh 5 tahun yang lalu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |