Dalam jangka panjang, penduduk etnik Tibet telah mengembangkan budaya yang kaya. Selain opera Tibet dan epik "Riwayat Raja Gesar", acara seni budaya etnik lain seperti tarian rakyat, balada yang melibatkan tarian dan balada yang menggunakan alat-alat muzik dan lain-lain dalam kalangan rakyat Tibet juga mempunyai sejarah yang lama.

Tsering Phuntsok, penyelidik Institut Akademi Sains dan Sosial Wilayah Autonomi Tibet telah membuat kerja pengemasan terhadap seni budaya rakyat Tibet selama lebih 20 tahun. Beliau berkata, pengumpulan dan perlindungan seni rakyat Tibet telah diberikan keutamaan oleh kerajaan selama lebih 20 tahun ini. Xin Gaosuo, naib ketua pengarah Jabatan Budaya Wilayah Autonomi Tibet menyatakan bahawa kerajaan China dan kerajaan tempatan telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk kerja pemeliharaan dan keselamatan kuil tersebut. Kata beliau, lebih 500 juta yuan RMB diperuntukkan pada tahun 1949 hingga tahun 2005 untuk pemugaran objek seni budaya. Dijangka lebih 600 juta yuan RMB dapat diperuntukkan untuk pemugaran sebahagian besar objek seni budaya yang penting di Tibet dalam tempoh 2006 hingga 2010.
Dengan perkembangan sosioekonomi dan pelaksanaan dasar pintu terbuka di Tibet dalam beberapa tahun ini, budaya Tibet telah membawa pengaruh yang besar di dunia, ramai pelancong asing yang datang ke Tibet. Dengan itu juga, aktiviti pertukaran budaya di Tibet menjadi semakin rancak. Lebih 20 buah kumpulan seni budaya dihantar ke luar negara dalam aktiviti pertukaran budaya beberapa tahun ini, dan mengadakan pameran budaya Tibet China di German dan di Amerika Syarikat serta lain-lain.
Kerajaan China telah menyediakan sejumlah besar tenaga profesional dan kewangan untuk mengembangkan dan melindungi budaya Tibet yang mempunyai ciri-ciri etniknya yang tersebduru dalam beberapa dekad ini. 1 2
|