v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Koir Warga Emas di Komuniti Guanganmenwai Beijing

2008-05-27 15:16:05 CRI

Setiap pagi dan senja, di bandar Beijing, ibu negara China, ramai warga emas akan berkumpul di taman, pekarangan komuniti dan dataran menjalankan aktiviti riadah sendiri. Mereka akan menari dan menyanyi bersama rakan sesuai penuh ceria. Tujuan mereka  semata-mata untuk mengisi penuh acara harian dengan aktiviti yang menarik.

Dalam siaran selanjutnya, saya akan memperkenalkan koir warga emas dari kawasan Guanganmenwai Beijing dan nyanyian yang mereka sajikan.

Di pekarangan Komuniti Rongfeng 2008, kawasan Guanganmenwai Beijing, terdapat sekumpulan warga emas yang selalu berkumpul pada malam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat, mereka ada aktiviti tersendiri. Mereka bersama-sama mengikuti latihan muzik dan menyanyi, dan kadang-kadang menari bersama-sama. Itulah kerenah Koir Warga Emas Kawasan Guanganmenwai di ibu negara ini.

Sekitar pukul 7 malam, anggota Koir Warga Emas Guangwai tiba di pekarangan komuniti untuk memulakan riadah. Mereka saling menyampaikan salam, berbual-bual dan kadang-kadang bergurau sehingga ketawa riang. Guru yang bertugas dengan koir itu membawa alat perakam, pembesar suara dan brosur laras muzik ke tapak berkumpul. Selepas semua hadir, mereka diberi brosur. Anggota koir mengambil tempat menurut tugas nyanyian komponen masing-masing dan mula mengikuti latihan.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |