v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Koir Warga Emas di Komuniti Guanganmenwai Beijing

2008-05-27 15:16:05 CRI

Guru Zhao Chunli memberitahu, anggota koir yang paling muda berusia 52 tahun manakala yang paling tua, 73 tahun. Sebelum menganggotai Koir Warga Emas Guangwai, kebanyakan daripada mereka tidak pernah mengikuti latihan muzik professional. Tetapi selepas menyertai kumpulan ini, mereka sudah mencapai kemajuan besar dengan bantuan guru dan boleh menyanyi banyak lagu dengan lebih baik.

Sebelum Koir Warga Emas Guangwai terkenal seperti sekarang, ia pernah mengalami banyak kesulitan. Misalnya ketika baru ditubuhkan, koir itu hanya dianggotai oleh wanita kerana penduduk lelaki di kawasan itu biasanya pemalu. Mereka tidak berani ikut serta dalam aktiviti seumpama itu walaupun berminat.

Jadi persembahan koir itu kurang menarik tanpa suara lelaki. Bagaimanapun, selepas Koir Warga Emas Guanganmenwai menjadi terkenal, ia dapat menarik beberapa penduduk lelaki yang berminat menganggotai kumpulan itu. Antaranya, Pakcik Wang merupakan anggota lelaki yang paling awal ikut serta. Kemudian sebilangan penduduk lelaki mengambil bahagian dalam koir itu kerana galakan Pakcik Wang.

Pakcik Wang memberitahu wartawan CRI bahawa beliau suka menyanyi. Ketika bersiar di taman komuniti pada suatu hari, beliau ternampak  Koir Warga Emas Guangwai yang sedang menjalankan latihan. Pakcik Wang segera tertarik dengan kegiatan mereka.

Beliau berkata: "Koir itu selalu menyanyi di sana dan saya sebagai seorang peminat tidak tertahan jika hanya menjadi sebagai penonton. Keseluruhan anggota koir itu wanita dan tidak nampak ada anggota lelaki. Saya cuba-cuba bertanya sama ada boleh menganggotai kumpulan itu. Akhirnya saya ikut serta menyanyi di sebelah mereka dan mendapati tidak perlu malu berada bersama mereka. Mereka bersikap ramah mesra kepada saya sehingga saya bertambah bersemangat. Setelah saya menganggotai koir itu dan selalu mengikuti latihan nyanyian, beberapa teman sebaya saya juga menyatakan minat dan ingin  turut serta. Dengan demikian, Koir Warga Emas Guangwai dapat membahagikan empat komponen suara dengan keanggotaan penduduk lelaki."

Sejak dua tahun lalu, Koir Warga Emas Guangwai menyertai pelbagai pertandingan nyanyian koir komuniti dan berjaya meraih hadiah dalam pertandingan yang diselenggarakan oleh kerajaan Daerah Xuanwu Beijing dalam tempoh 3 tahun lalu secara berterusan. Ketika pertandingan, anggota Koir Warga Emas Guangwai, yang terpilih sebagai peserta pertandingan berlatih bersunguh-sungguh untuk memberi persembahan yang terbaik sementara yang tidak terpilih itu tidak berasa kecewa, sebaliknya sibuk membantu kawan-kawan yang terpilih, misalnya mempersiapkan kostum, mendandan perserta dan menyediakan rancangan mengenai teknik pertandingan.

Tunjang utama bagi Koir Warga Emas Guangwai, Makcik Zhang menyertai setiap kali pertandingan diadakan.

Beliau berkata: "Seorang anggota koir kami yang disebut Kak Li, tidak dapat menyertai pertandingan kali ini kerana suaminya kurang sihat. Walaunpun tidak menyertainya, beliau tetap membantu kami dalam mempersiapkan kostum dan mengatur rancangan mengenai teknik persembahan. Kejayaan yang dicapai oleh koir kami adalah daripada daya usaha anggota yang bersatu-padu."

Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik 2008, Koir Warga Emas Guangwai sedang giat mempelajari sebilangan lagu tema Olimpik sebagai tanda sokongan kepada temasya sukan yang terbesar di dunia ini. Lagu Sukan Olimpik Beijing, "One World, One Dream"  paling digemari semasa latihan Koir Warga Emas Guanganmenwai kebelakangan ini.

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |