v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perubatan dan Herba Tradisional Tibet China Meningkat dengan Pesat

2008-05-16 17:14:06 CRI

Perubatan dan herba tradisional Tibet yang merupakan sebahagian daripada perubatan tradisional China mempunyai sejarah lebih 2300 tahun. Pusat perubatan dan herba tradisional Tibet terdapat di setiap mukim di Tibet. Ada lebih 10 buah badan perubatan yang besar dan terdapat seribu orang doktor dan juru rawat di sana pada masa sekarang.

Profesor Dondrup, Ketua Institut Sains dan Teknologi Perubatan dan Herba Tradisional Tibet merupakan lulusan pertama jurusan prubatan Tibet selepas Tibet dibebaskan secara damai pada tahun 1950-an. Beliau tidak pernah berhenti bekerja selama 48 tahun ini. Beliau sungguh gembira kerana dapat mengajar sekian banyak pelajar di Institut Perubatan tersebut dan dengan itu usahany dapat ditingkatkan. Kata beliau, seramai lebih 300 orang pelajar pernah melanjutkan pelajaran perubatan dan herba tradisional Tibet pada masa yang lalu. Lebih 1440 orang pelajar kini sedang belajar di sekolah untuk mewarisi ilmu perubatan Tibet.

Beliau berkata bahawa perubahan tidak mengurangkan sokongan daripada kerajaan, malah kerajaan pusat memberikan keutamaan kepada pembangunan bidang perubatan dan herba tradisional Tibet bagi jangka masa panjang. Sejumlah ratusan juta yuan RMB diperuntukkan kepada pelbagai badan peruabtan di Tibet untuk penyelidikan dalam bidang sains sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China. Pada awal tahun 1959, hanya ada dua buah badan perubatan di Tibet dan badan ini hanya menyediakan perkhidmatan kepada bangsawan, orang kaya dan sami peringkat tinggi. Namun, sekarang, bahagian perubatan Tibet disediakan di semua hospital kaunti.

Demi memajukan bidang perubatan dan herba tradisional Tibet, lebih 10 peraturan tentang perubatan, perkembangan dan penyelarasan kerja perubatan dan herba tradisional Tibet ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Tibet dan jabatan kesihatan sejak tahun 1985. Pendidikan perubatan Tibet yang dilaksanakan di pelbagai tempat di China berubah menjadi lebih umum sejak lebih 20 tahun. Kebanyakan tenaga profesional dalam bidang ini lulus daripada Institut Perubatan Tibet Wilayah Autonomi Tibet, Institut Perubatan Tibet Qinghai, Fakulti Perubatan Tibet Universiti Perubatan dan Herba Tradisional China Chengdu, Fakulti Perubatan Tibet Institut Herba Tradisional Gansu dan lain-lain. Selain itu, banyak kursus dan latihan peruabtan Tibet dianjurkan oleh sesetengah hospital dan badan perubatan kalangan rakyat untuk melatih sejumlah besar doktor dan jururawat di Tibet. Terdapat 14 buah badan perubatan ini di Tibet, lebih 60 buah bahagian perubatan Tibet di hospital kaunti dan lebih 2 ribu orang pekerja yang berkaitan dengannya di Tibet setakat akhir tahun 2006. Badan perubatan Tibet juga telah ditubuhkan di 10 bandar di pelbagai tempat di China selain kawasan Tibet untuk menyediakan perkhidmatan kepada pesakit di Tanah Besar China. Ramai tetamu asing membuat lawatan ke hospital perubatan di Tibet. Delegasi perubatan Tibet juga sering kali mengadakan tinjauan dan memebrikan kuliah di luar negara untuk menyebarkan ilmu perubatan kepada doktor di sana. Nyima Tsering, profesor Institut Kedoktoran Tibet berkata, perubatan dan herba tradisional Tibet mengalami perubahan yang besar daripada sebelum Tibet dibebaskan. Pertama, tiada pusat pendidikan perubatan dan herba tradisional Tibet yang tetap pada masa yang lalu. Selepas pusat pendidikan perubatan dan herba tradisional peringkat tinggi ditubuhkan di Tibet, pendidikan dalam bidang ini telah meningkat dengan pesat dalam pelbagai aspek.

Menurut perangkaan, seramai lebih sejuta pesakit mendapat rawatan di hospital Tibet di Beijing setakat ini, termasuklah lebih 300 ribu orang pasakit dari lebih 60 buah negara di dunia, Hong Kong, Makau dan kawasan Taiwan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |