v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perubatan dan Herba Tradisional Tibet China Meningkat dengan Pesat

2008-05-16 17:14:06 CRI

Pembangunan herba tradisional di Tibet juga meningkat dengan pesat. Terdapat lebih 20 jenis herba tradisi Tibet yang dicatatkan dalam Buku Warisan Ubat-ubatan Republik Rakyat China dan 336 jenis ubat yang piawaiannya termaksub dalam jabatan herba tradisional Tibet kebangsaan China telah dijual di seberang laut. Nyima Tsering berkata, bahawa pembangunan pendidikan dan kesihatan Tibet mengalami perubahan yang besar. Ramai orang asing mengirim surat kepada kami. Mereka berharap akan mendapat peluang datang ke Tibet untuk melanjutkan pelajaran ilmu perubatan dan herba tradisional Tibet.

Terdapat 19 buah perusahaan pengeluar herba tradisional Tibet sekarang ini di Tibet daripada hanya sebuah perusahaan ubat-ubatan di sana sebelum dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Perusahaan-perusahaan ini mengeluarkan lebih 360 jenis produk ubat -ubatan. Sejumlah besar ubat-ubatan Tibet ini laris dijual di pasaran dalam negara China dan pasaran antarabangsa sekarang. Ia menjadi salah satu perusahaan utama yang mempunyai ciri-ciri sendiri di Wilayah Autonomi Tibet. Ada juga modal asing yang masuk ke dalam pembangunan perubatan dan herba tradisional ini kerana mempunyai masa depan yang cerah dalam pasaran antarabangsa.

Demi meningkatkan pembangunan penerokaan biang perubatan dan herba tradisional ini, kursus yang bertema: Menyelamat dan mengamalkan kaedah perubatan tradisional Tibet dilaksanakan di China untuk mencari dan menyelamat resepi ubat, cara pemulihan kesihatan dan cara membuat ubat-ubatan yang hampir pupus di China. Tokoh-tokoh dari kalangan perubatan dan herba tradisional Tibet menyatakan keyakinan bahawa projek ini akan merangsang pembangunan perubatan dan herba tradisional di Tibet secara besar-besaran.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |