v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelajar Etnik Tibet yang Belajar di Sekolah Barafiliasi Universiti Shanxi China

2008-05-23 12:50:13 CRI

China melaksanakan pendidikan percuma di Tibet. Yuran sekolah pelajar-pelajar etnik Tibet ditanggung oleh kerajaan. Dasar keutamaan ini hanya dilaksanakan di Tibet. Pada masa ini, terdapat empat buah universiti di Tibet. Untuk mengembangkan pendidikan di Tibet, kerajaan pusat China telah menubuhkan sekolah atau kelas Tibet di 21 buah provinsi dan bandar di seluruh negara. Belanjanya juga ditanggung oleh kerajaan.

Demi melatih dengan jayanya tenaga profesional dari wilayah Tibet, kerajaan China telah membuka kelas etnik Tibet di sekolah menengah yang berkualiti tinggi di 19 buah provinsi dan bandar China dengan tujuan untuk menerima dan melatih pelajar yang berasa dari wilayah Tibet. Terdapat 6 kelas Tibet di sekolah barafiliasi Universiti Shanxi, bandar Taiyuan, ibu kota provinsi Shanxi dengan 400 orang pelajar yang berasal dari Wilayah Autonomi Tibet balajar di situ. Seramai 165 orang pelajar yang lulus dari sekolah menengah itu telah diterima oleh pusat-pusat pengajian tinggi yang terkenal di China pada tahun 2006 dan tahun 2007.

Bayangan tubuh badan guru ternampak dalam cahaya lampunya. Kasih saya mu lebih penting daripada ribuan perkataan. Guru-guru berusaha untuk memberikan lebih banyak kasih sayang kepada kami. Mereka sama seperti ibu kami, memberikan banyak pendidikan dan bantuan kepada kami sesudah kami membawa diri keluar dari kampung halaman.

Ibu kepada para pelajar kelas etnik Tibet ini ialah Bai Donghong. Beliau telah berkhidmat selama lebih 30 tahun di sekolah itu dan menjawat jawatan guru yang pertama kelas etnik Tibet sejak kelas ini ditubuhkan di sekolah barafiliasi Universiti Shanxi yang diberi mandat oleh Dewan Negara China pada tahun 1985 yang lalu. Beliau masih mengajar 41 orang pelajar di kelas etnik Tibet itu dan menyumbangkan seluruh jiwa rasanya kepada pendidikan setiap orang pelajar. Kata beliau, saya menyayangi setiap orang pelajar etnik Tibet ini seperti anak saya sendiri. Mereka mengutamakan kegiatan berkumpulan untuk kelas mereka. Mereka aktif menyertai aktiviti kumpulan nyanyian dan tarian untuk memperoleh hadiah pertama di sekolah itu.

Demi membantu pelajar etnik Tibet supaya dapat meneruskan pelajaran mereka, dan meringankan beban ekonomi keluarga mereka, kerajaan provinsi Shanxi menyediakan 300 yuan RMB sebulan untuk yuran makanan bagi setiap pelajar etnik Tibet ini. Belanja rawatan perubatan dan kesihatan bagi setiap orang pelajar etnik Tibet juga dimasukkan dalam sistem insuran perubatan di Wilayah Autonomi Tibet.

Para pelajar etnik Tibet berasa sungguh gembira dan ibu bapa mereka juga berasa bangga kerana anak mereka dapat belajar di sekolah barafiliasi Universiti Shanxi dan menikmati pendidikan yang berkualiti tinggi di kawasan pedalaman China. Upacara mengucapkan selamat jalan bagi seorang pelajar yang diterima oleh sekolah menengah tersebut selalumya diadakan dengan meriah sekali, seperti merayakan Tahun Baru. Hampir setiap orang pelajar di kelas etnik Tibet pernah melalui upacara seperti ini. Ketua kelas itu, Tsering Longzhu berkata, bahawa upacara meriah yang disertai oleh 20 orang hingga 30 sanak saudara diadakan untuk saya di rumah saya. Kami minum banyak arak barli Qingke yang dibuat oleh penduduk tenpatan dan menghidangkan banyak masakan daging lembu dan kambing. Selepas itu, kami terus menerus menari tarian Guozhuang, sejenis tarian yang digemari oleh penduduk etnik Tibet.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |