v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelajar Etnik Tibet yang Belajar di Sekolah Barafiliasi Universiti Shanxi China

2008-05-23 12:50:13 CRI

Dawa Drolma, pula seorang pelajar yang cantik di kelas etnik Tibet. Dia gemar menyanyi, tetapi tidak sukan bercakap atau berhubung dengan rakan-rakannya. Dengan galakan daripada guru dan rakan-rakannya, sifatnya berubah menjadi lebih terbuka. Dia telah mendaftarkan namanya untuk menyertai pesta kesenian, pesta sains dan teknologi yang diadakan oleh sekolah itu. Penyertaan dalam aktiviti tersebut bukan sahaja telah memengubah tabiatnya, malah memperkaya pengetahuannya juga.

Sejumlah besar pelajar etnik Tibet di kelas etnik Tibet ini membesar dengan sihat. Bai Donghong telah mengajar ramai pelajar etnik Tibet selama 23 tahun ini. Kebanyakan pelajar yang lulus dari sekolah kelas etnik Tibet yang lalu telah berjaya dalam kerjanya mereka, dan menjadi tulang belakang dalam pelbagai bidang kehidupan, antaranya ada yang menjawat jawatan pemimpin, ada pula yang berkahwin yang menjadi ibu bapa kepada anak mereka sendiri.

Seramai 1600 orang pelajar di Wilayah Autonomi Tibet lulus dari sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas dari Sekolah Barafiliasi Universiti Shanxi. Seramai seribu orang pelajar pula pulang ke Tibet untuk mengambil bahagian dalam pembangunan di sana. Ketika menyentuh kejayaan pelajar di kelas etnik Tibet ini, Pengetua Sekolah Berafiliasi ini, Yang Suzhen berkata, bahawa seramai lebih 30 orang pelajar etnik Tibet daripada 40 orang pelajar yang lulus daripada sekolah menengah rendah itu menjawat jawatan pemimpin peringkat naib kaunti. Kualiti pendidikan dari sekolah ini mendapat pujian yang tinggi daripada penduduk tempatan.

Pelajar-pelajar etnik Tibet yang pernah belajar di sekolah tersebut menerima banyak ilmu yang tinggi. Mereka tumbuh membesar dengan sihat,bersedia menyumbangkan tenaga bagi meningkatkan pembangunan di kampung halaman mereka.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |