v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sarjana-sarjana Etnik Tibet yang bicarakan tentang Perlindungan Budaya Bercerita dalam Kalangan Rakyat Etnik Tibet China

2008-05-30 10:39:09 CRI

Epik "Riwayat Raja Gesar" merupakan satu-satunya epik untuk memahami kehidupan menyarakat etnik Tibet pada masa yang silam. Epik ini diwarisi turun-temurun secara lisan oleh penyanyi lagu rakyat sejak beberapa lama yang lalu.

Samdrup, ialah seniman tua etnik Tibet yang menyanyikan epik "Riwayat Raja Gesar" yang terkenal sekarang ini. Beliau tidak pernah bersekolah kerana pendidikan agak mundur ketika Tibet belum dibebaskan secara damai. Tsering Phuntsok, Pengarah Institut Akademi Sains dan Sosial Wilayah Autonomi Tibet berkata, bahawa Samdrup dikemui ketika kami melaksanakan kerja-kerja pengumpulan epik pada abad lalu, dan beliau merupakan salah seorang seniman yang menyanyikan epik "Riwayat Raja Gesar" yang berjaya selepas terjaga dari sebuah berpimpin di padang rumput semasa umurnya 11 tahun.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa Samdrup merupakan seorang seniman yang pandai menyanyikan epik "Riwayat Raja Gesar". Ramai seniman seperti Samdrup tidak pernah bersekolah, namun menjadi seniman yang pandai cerdik. Beliau berkata, kebanyakan seniman tersebut berasal dari keluarga petani dan penternak yang miskin. Mereka berpindah randah untuk menyanyikan epik yang kedudukannya terlalu rendah pada masa mesyarakat ketika sebelum Republik Rakyat China didirikan. Sambil menternak, mereka menyanyikan epik di padang rumput yang luas itu. Mereka seperti seniman yang menyanyikan epik Homeric Greece purba dan sering berjalan bersama-sama untuk pergi ke tempat sembahyang. Dalam perjalanan ini, banyak lagenda telah digubah oleh seniman tua, oleh itu, terdapat ramai seniman bercerita yang terkenal sama seperti Samdrup.

Epil "Riwayat Raja Gesar" merupakan epik yang terpanjang di dunia yang dirakamkan dalam lebih 120 jilid dan lebih 20 juta perkataan. Epik ini merupakan ensiklopedia bagi mengkaji keadaan sosial dan sejarah, politik, ekonomi adat resam, budaya dan kesenian etnik Tibet pada zaman silam dan kesenian Tibet tersebut akan dimohon sebagai warisan bukan benda di dunia untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |