Tsering Phuntsok berkata, usaha menyelamat diberikan keutamaan oleh kerajaan. Badan yang khusus telah ditubuhkan pada tahun 1979 untuk menguruskan hal ini. Pengumpulan dan penyuntingan epik dijadikan projek utama dan sejumlah besar dana telah diperuntukkan bagi perkara ini. Kerja pengumpulan "Riwayat Raja Gesar" dilaksanakn secara menyeluruh di Naqu dan Changdu Tibet dan usaha ini menghasilkan 74 buah buku epik yang berasal daripada kalangan rakyat. Tsering Phuntsok menyatakan bahawa kerja pengumpulan dan penyuntingan epik "Riwayat Raja Gesar" yang dinyanyikan oleh Samdrup ini dilaksanakan oleh Akademi Sains dan Sosial Wilayah Autonomi Tibet sekarang ini. Kata beliau, epik "Riwayat Raja Gesar" yang dinyanyikan oleh Samdrup ini merupakan epik yang sempurna dan lengkap kandungannya dan merupakan satu-satunya epik yang amat sempurna setakat ini. Epik ini dirakamkan selama 2114 jam. Menurut jangkaannya, seluruh epik ini akan dikumpulkan dan diterbitkan secara berterusan selama 3 hingga 5 tahun. Kerja ini merupakan projek penyuntingan budaya yang belum pernah berlaku selama ini, hasilnya akan mengisikan kekosongan catatan sejarah dalam aspek ini.

Kerja menyelidikan dan pengumpulan epik "Riwayat Raja Gesar" di Wilayah Autonomi Tibet sekarang ini telah mencapai kejayaan melalui kerja-kerja liputan, penyuntingan dan rakaman selama 30 tahun ini. Beliau berkata, setakat ini, terdapat 130 buah epik yng dinyanyikan oleh seniman tua di Tibet dan panjangnya kira-kira 5 ribu pita rakaman yang merakamkan masa kira-kira 5 ribu jam.
Tsering Phuntsok menyatakan bahawa kerja-kerja pengumpulan, penyuntungan, penyelidikan dan penerbitan warisan kesenian rakyat ini dilaksanakan secara besar-besaran di Wilayah Autonomi Tibet selama 50 tahun.
Beliau berkata, epik yang tersebar di kalangan rakyat tidak diberikan keutamaan semasa budaya keagamaan menduduki tempat pertama di Tibet, iaitu ketika ia belum dibebaskan dahulu. Sesudah dibebaskan secara damai dan melaksanakan pentadbiran demokratik, khususnya apabila dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, kerajaan Wilayah Autonomi Tibet menumpukan perhatian yang besar terhadap perlindungan dan pembangunan budaya di sini. Sejumlah 139 buah epik yang dinyanyikan oleh 57 orang seniman tua telah dirakamkan, lebih 90 buah epik ditulis menjadi buku, dan 73 buah daripadanya telah diterbitkan setakat ini. Ada juga epik yang telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Perancis. Perlindungan dan penerbitan warisan budaya rakyat etnik Tibet merupakan perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah. Keadaan ini membuktikan bahawa kenyataan yang menyebut kerajaan China menghapuskan budaya Tibet yang digembar -gemburkan oleh kumpulan Dalai Lama itu merupakan pembohongan dan penipuan kepada dunia sahaja. 1 2
|