Pada 8.35 pagi, kereta api ekspres khas yang membawa 77 orang penduduk yang cedera itu berhenti di stesen kereta api Shijiazhuang dan segera dimulakan operasi kecemasan bagi menghantar ke hospital mereka yang cedera.
Kereta api baru berhenti, kakitangan stesen turut membuka tingkap gerabak supaya memudahkan tandu dikeluarkan daripada kereta api.

Sukarelawan membantu menghantar mangsa yang cedera ke ambulans dengan menggunakan tandu.
Jururawat bekerjasama dengan staf stesen kereta api, mengatur orang cedera dibawa ke ambulans dengan berhati-hati.

"Sudah selesai belum? Tutup pintu! Jalan! "
Mulai 8.40 pagi, satu demi satu ambulans meninggalkan flatform dan menghantar penduduk cedera ke beberapa hospital termasuk Hospital Rakyat Provinsi Hebei, Hospital No.2, No.3, dan No.4 Universiti Pengubatan Hebei, Hospital Bahagian Dada Provinsi Hebei dan Hospital No.1 Bandar Shijiazhuang.
Ketua Jabatan Kesihatan Provinsi Hebei, Yang Xinjian yang menjalankan tugas di stesen kereta api bagi menyelaraskan kerja-kerja menghantar penduduk cedera ke hospital.
Beliau berkata: "Keenam-enam hospital tersebut adalah yang terbaik di Provinsi Hebei. Kami menghantar penduduk cedera ke hospital yang berlainan berdasarkan kecederaan yang berbeza-beza supaya mereka dapat diberikan rawatan yang sesuai. Kami menyediakan doktor dan jururawat yang terbaik untuk memberi rawatan yang sempurna kepada mereka supaya harapan mereka cepat sembuh. Penduduk yang cedera kerana gempa itu akan berasa seolah-olah berada di rumah sendiri setibanya mereka di Hebei. Kami akan melayani mereka seperti melayani anggota keluarga sendiri."
1 2 3
|