v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Sichuan yang Cedera Semasa Gempa Bumi Dipindah ke "Rumah Baru" di Hebei

2008-06-10 09:47:12 CRI


Memang, wartawan CRI menyaksikan sendiri penduduk yang cedera dari kawasan bencana diberikan rawatan dan layanan yang luar biasa daripada doktor dan jururawat setelah dihantar ke hospital di Hebei.

"Sedapkah makanan ini? Awak sudah laparkah belum? Nanti makan pisang ini."

"Saya tengok-tengok dulu, nampakkah awak?"

"Betul, ini saya sendiri."

Pada pukul 9.30 pagi, di wad khas yang diaturkan oleh Hospital No.3 Universiti Pengubatan Hebei untuk penduduk Sichuan yang cedera semasa gempa, seorang budak yang berumur 6 tahun yang dikenali sebagai He Peng, dari Guangyuan, Provinsi Sichuan sedang makan pisang yang diberi oleh jururawat.

Jururawat yang diberi tanggungjawab bagi menjaga beliau berkata:

"Kami menjaga rawatan kesihatannya, malah kehidupan seharian secara berterusan. Kami juga menemaninya bermain-main kerana khuatir dia akan terlalu merindu keluarganya. Ketua bahagian kami telah menyelesaikan pembedahan ke atasnya. Rawatan susulan akan dibuat nanti."

Wad yang bersih lagi terang itu dipenuhi dengan suasana ramah mesra seumpama berada di rumah sendiri. Gambar berbentuk jantung yang berwarna limau digantung di dinding putih. Sepanduk yang berbunyi "Inilah Rumah Anda yang Penuh Kasih Sayang, Anda Bersama dengan Kami" memberi kekuatan semangat kepada pesakit.

Presiden Hospital No.3 Universiti Pengubatan Hebei, Zhang Yingze berkata: "Kami menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh kepada mangsa yang cedera dalam bencana gempa Sichuan yang sedang dirawat di sini, misalnya siapkan sandal dan gantungan pakaian, membaik pulih satu bangunan sebagai bilik air dan mengatur seorang tukang masak yang pandai masakan Sichuan. Semasa menjalankan rawatan, pihak hospital kami menubuhkan satu kumpulan pakar bagi memutuskan cadangan pembedahan terhadap setiap pesakit melalui perbincangan bersama-sama, dan menugaskan seorang doktor yang bertaraf Profesor Madya ke atas semasa menjalankan pembedahan itu."

Hospital-hospital di Provinsi Hebei yang menampung rawatan penduduk cedera bencana gempa Sichuan mengambil kira terhadap tiga keutamaan dalam menjalankan tugas mereka iaitu memberikan rawatan perubatan, mengatur kehidupan pesakit dan membantu pesakit memulihkan rasa tenang.

Seramai 77 penduduk yang cedera sebagai kumpulan pertama yang dihantar ke Provinsi Hebei akan mendapat rawatan perubatan yang bersifat "satu untuk satu" sehingga mereka sembuh semuanya.

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |