v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Projek pemuliharaan Kuil Tashi Lhunpo, iaitu Tempat Tinggal Panchen Lama Turun-Temurun di Tibet

2008-06-06 12:15:46 CRI

Projek pemuliharaan Kuil Tashi Lhunpo, iaitu tempat tinggal Panchen Lama turun-temurun telah dilaksanakan secara rasmi baru-baru ini. Kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk projek itu dan disenaraikan ke dalam projek perlindungan artifak Rancangan Lima Tahun ke-11 di Wilayah Autonomi Tibet.

Kuil Tashi Lhunpo terletak di kaki Gunung Nina di sebelah barat laut bandar Xigaze Tibet dan luasnya 23.7 meter persegi. Kuil itu dibina pada tahun 1447 dan dikenalpasti sebagai tempat tinggal Pancehn Lama turun-temurun pada tahun 1713. Setelah melalui proses pembangunan selama seratus tahun, kuil ini sekarang mempunyai 56 buah ruang untuk bersembahyang, 6 buah dewan dan lebih 6 ribu bilik penginapan untuk sami di dalamnya. Sejumlah besar artifak didpati disimpan di dalam kuil ini, antaranya sebuah patung Budha gangsa Qiangba yang tingginya 26.2 meter. Patung yang dibuat pada tahun 1914 ini merupakan patung gangsa yang paling besar di dunia sekarang ini. Kuil Tashi Lhunpo dicatatkan dalam senarai warisan perlindungan artifak yang penting di seluruh negara pada tahun 1961. Terdapat banyak bilik yang telah runtuh di dalam kuil itu kerana tidak pernah dipulihara sejak ratusan tahun yang lalu. Projek pemuliharaan secara menyeluruh untuk pelbagai ruang di kuil ini akan dilaksanakan, termasuklah kemudahan-kemudahan bombo, kawalan keselamatan dan lain-lain. Pengarah Jabatan Penjagaan Keselamatan Artifak di Wilayah Autonomi Tibet, Liu Shizhong berkata, kerajaan pusat telah memperuntukkan kira-kira 120 juta yuan RMB untuk projek pemuliharaan perlindungan kuil Tashi Lhunpo, termasuklah projek-projek pemuliharaan untuk dewan Penchen Lama ke-4, dewan Qiangba, kawalan keselamatan dan kebakaran.

Dimaklumkan bahawa kumpulan pimpinan penyelarasan projek Wilayah Autonomi Tibet telah ditubuhkan pada bulan April tahun 2007, dan 4 kumpulan penyelarasan projek juga didirikan di Lhasa, Xigaze, Shannan dan Ali disebabkan oleh banyak projek pemuliharaan itu dan besar jumlah yang dilaburkan. Pesuruhjaya Pentadbiran Kawasan Xigaze, Cu Xueguang berkata bahawa kami pasti akan melaksanakan prinsip perlindungan artifak yang mengutamakan perlindungan, penyelamatan, penggunaan secara munasabah dan menstandarkan pengurusan. Kami juga akan Menghormati tradisi, mengutamakan sains dan teknologi dan menjamin kualiti projek itu.

Projek pemuliharaan Kuil Tashi Lhunpo mendapat sambutan daripada para sami di kuil itu. Salung Phunlha berkata bahawa setiap sami dari Kuil Tashi Lhunpo tidak akan lupa kepada perhatian dan bantuan uang besar daripada kerajaan pusat terhadap Kuil Tashi Lhunpo ini. Projek ini mengobarkan semangat mencintai tanah air dan membawa faedah kepada rakyat. Ia juga mematuhi prinsip Panchen Lama ke-10 dan Panchen Lama ke-11, bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan dasar agama Parti Komunis China, iaitu melaksanakan "Peraturan Urusan Agama" supaya menjamin pelbagai aktiviti agama dapat diwujudkan di sisi undang-undang dan peraturan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |