v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Projek pemuliharaan Kuil Tashi Lhunpo, iaitu Tempat Tinggal Panchen Lama Turun-Temurun di Tibet

2008-06-06 12:15:46 CRI

Tibet merupakan salah sebuah kawasan perlindungan artifak di negara China. Terdapat ribuan artifak yang tidak dipindahkan di sini, 3 daripada tempat yang banyak artifak di sini dicatatkan dalam senarai warisan budaya di dunia. Sejak Tibet dibebaskan secara damai pada tahun 1950-an yang lalu, dasar pembaharuan dan pintu terbuka China dilaksanakan. Kerajaan pusat dan kerajaan Wilayah Autonomi Tibet memberikan perhatian yang besar terhadap kerja perlindungan artifak, dan memperuntukkan sejumlah lebih 700 juta yuan RMB untuk projek-projek pemuliharaan artifak yang penting, termasuklah projek fasa kedua Istana Potala, Kuil Norbulingka, Kuil Sajia dan lain-lain supaya warisan benda budaya sejarah yang penting di Tibet dilindungi dengan berkesan.

Pengarah Jabatan Artifak Wilayah Autonomi Tibet, Yudawa berkata bahawa kerajaan pusat juga memperuntukkan sejumlah besar dana untuk melaksanakan pemuliharaan dan perlindungan terhadap Kuil Jokhang dan Kuil Ramoche, selain melaksnakan pemuliharaan terhadap Kuil Tashi Lhunpo. Kata beliau, Terdapat 22 pasal projek perlindungan artifak yang penting dalam rancangan lima tahun ke-11 di Tibet, termasuklah 15 projek perlindungan unit artifak yang penting dan 7 projek perlindungan artifak. Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China dan Kementerian Kewangan China membuat jangkaan sejumlah 570 juta yuan RMB untuk projek itu, tetapi jumlah keseluruhan perbelanjaan meningkat kira-kira 200 juta yuan RMB dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-15. Perkara ini membuktikan bahawa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara China telah memberi perhatian yang besar terhadap usaha mengekalkan warisan benda budaya di Tibet.

Yudava berkata bahawa projek pemuliharaan artifak yang penting seperti Istana Potala, Kuil Norbulingka dan Kuil Sajia yang belanjanya berjumlah 330 juta yuan RMB itu telah mulai dilaksanakan secara rasmi pada bulan Jun tahun 2002 dan dana untuk projek itu diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan China. 134 pasal projek daripada tiga projek pemuliharaan artifak yang penting itu telah dimulakan dan 129 fasalnya pula telah memasuki peringkat penilaian. Projek ini disangka siap keseluruhannya pada tahun ini .


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |