v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Samaritan's Purse Bantu Mangsa Gempa di Sichuan

2008-06-17 15:33:10 CRI

Setelah gempa bumi yang dahsyat melanda Wenchuan, Provinsi Sichuan di bahagian barat daya China pada 12 Mei lalu, barangan bantuan kecemasan yang disumbangkan oleh negara asing diangkut secara berterusan ke kawasan bencana itu.

Baru-baru ini, kargo penyelamatan bencana yang disumbangkan oleh Samaritan's Purse—sebuah badan kebajikan yang terkenal di A.S. telah dihantar ke Sichuan. Kargo yang seberat 80.5 tan tersebut bernilai lebih 850 ribu dolar Amerika terdiri daripada alat-alat penyaring air, bahan plastik kuat yang digunakan untuk membina rumah sementara, selimut, beg yang diisi dengan barangan kesihatan untuk kegunaan keluarga dan tong penyimpan air. Barangan tersebut memang amat diperlukan oleh mangsa di kawasan bencana.

Wartawan CRI telah menyaksikan proses pengagihan barangan kargo itu yang dipenuhi dengan kemesraan dan kasih sayang antarabangsa.

Pada pukul 11.50 malam 24 Mei lalu, kapal terbang yang memuatkan kargo penyelamatan yang disumbangkan oleh Samaritan's Purse mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shuangliu Chengdu. Naib Presiden Samaritan's Purse, Gary Lundstrom bertanggungjawab untuk menguruskan usaha mengagihkan barangan sumbangan tersebut.

Beliau menjelaskan rancangan bantuan yang akan dijalankan oleh badan kebajikan itu: "Kami akan bekerjasama dengan kerajaan Bandar Deyang untuk membantu mereka yang kehilangan tempat kediaman dalam usaha membangunkan semula kampung halaman. Dengan demikian, kami membawa kain plastik yang mencukupi yang bagi membina khemah untuk 3,400 keluarga. Selain itu, kami membawa pelbagai barang kegunaan seharian seperti peralatan penyaring air bersih, selimut, beg yang diisi dengan barang perubatan untuk kegunaan keluarga dan tong penyimpanan air."

Selepas prosedur penerimaan selesai diuruskan, kakitangan kedua-dua pihak China dan A.S. memindahkan kargo menyelamat daripada kapal terbang ke lori pengangkut.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |