Pada pukul 4.35 subuh 25 Mei, mereka selesai memindahkan semua kargo tersebut dan bertolak ke Bandar Shifang di kawasan Deyang.
Selepas 3 jam perjalanan yang berterusan itu, lori yang membawa kargo tersebut tiba di Pusat Penampungan Barang Menyelamat Bandar Shifang. Usaha pengagihan barangan mengambil masa selama lebih 3 jam lagi sehingga 6 set peralatan penyaring air bersih dimuatkan ke dalam lori yang berlainan untuk dihantar ke destinasi yang berbeza.

Pegawai kerajaan Bandar Deyang, Li Xiangfu menerangkan: "Barangan bantuan tersebut terutama dihantar ke dua bandar yang paling teruk musnah dalam bencana, iaitu Bandar Shifang dan Mianzhu. Sebanyak 3 set peralatan penyaring air bersih akan dihantar ke tiga pekan di Bandar Shifang iaitu Luoshui, Jiandi dan Yinghua dan 3 set lagi ke Pekan Guangji, Zundao dan Jiulong di Bandar Mianzhu."
Pada pukul 2.00 petang 25, Mei lalu, wartawan CRI mengikut lori berlepas ke pusat pembekal air di Pekan Luoshui. Setiba di pekan itu, wartawan tersebut menyaksikan menara pembekal air runtuh kerana gempa.

Ketua Jabatan Keselamatan Air Minuman Desa Biro Sumber Air Bandar Shifang, Gu Qiudi memaklumkan bahawa menara pembekal air yang tumbang akibat gempa kelihatan di merata-rata tempat di Bandar Shifang.
Beliau berkata: "Keadaan kemusnahan agak teruk di Bandar Shifang. Pada masa ini, hampir semua, iaitu 48,000 kemudahan pembekal air telah musnah dalam gempa bumi."
Dengan demikian, peralatan penyaring air yang disumbangkan oleh Samaritan's Purse A.S. akan memberi faedah besar bagi menyelesaikan kesukaran mendapatkan air minuman.
Gu Qiudi berkata: "Kualiti air minuman terjamin dengan penggunaan peralatan itu yang berkeupayaan menyediakan air bersih kepada seramai 10 ribu orang."
Menyentuh kelebihan peralatan tersebut, juru teknik dari Samaritan's Purse, Andre Mergenthaler berkata: (Ucapan 7 keluar….)
"Peralatan ini mempunyai beberapa keistimewaan seperti mudah dikendalikan, kaedah penyelenggaraannya ringkas, kos operasinya murah dan tahan lama."
Mangsa gempa di Pekan Luoshui berasa puas hati selepas minum air yang dihasilkan daripada peralatan tersebut.
"Air ini sejuk dan lemak. Kami tidak khuatir tentang mutunya."
"Kami, mangsa di kawasan bencana ini mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari A.S.".
Pada masa yang sama ketika peralatan pembekal air dipasang di kawasan bencana, pengagihan kain plastik untuk kegunaan rumah sementara yang disumbangkan oleh Samaritan's Purse juga dijalankan.
Pada pukul 9.00 pagi 26 Mei, juru teknik daripada pertubuhan kebajikan tersebut tiba di Taman Industri Lingjie Bandar Shifang untuk membantu penduduk tempatan memasang khemah.
Seorang petugas Samaritan's Purse, Ken Isaacs memaklumkan kepada wartawan CRI: "Segulung kain plastik seumpama ini boleh dibuat tiga khemah. Khemah itu mungkin kurang selesa, tetapi cukup lapang bagi menampung 4 hingga 5 orang."
Seorang pegawai kerajaan tempatan, Zhang Xingde berkata: "Kami telah menerima 560 gulung kain khemah. Kami akan segera mengerah kakitangan memasang khemah berdasarkan cadangan yang ditetapkan oleh juru teknik A.S.."
Selepas mengambil gambar dengan pekerja A.S. di hadapan sebuah khemah yang baru dibina, seorang penduduk Kampung Lingjie berkata:
"Sahabat-sahabat A.S. menghulurkan bantuan kepada kami dan membantu kami membina khemah yang kuat ini. Kami tidak khuatir tentang keselamatan ketika berada dalam khemah ini. Kami berterima kasih kepada mereka yang bersikap mesra."
----DAZHONG 1 2
|