v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Monihe", iaitu Pesta Ria yang dirayakan oleh Penduduk Etnik Va di China

2008-06-27 12:55:09 CRI

Etnik Va, ialah salah satu etnik minoriti yang mempunyai ciri-ciri berdaya tersendiri dan mereka tinggal di bandar Lincang provinsi Yunnan di barat daya China. Satu pesta khas dirayakan oleh penduduk etnik Va ini pada awal bulan Mei setiap tahun. Pengarah Jabatan Budaya Kaunti Autonomi Etnik Va Cangyuan Bandar Lincang provinsi Yunnan China, Wei Cheng berkata bahawa pesta ini dirayakan oleh orang etnik Va yang tinggal di pelbagai tempat. Dalam pesta ini, mereka saling melumurkan lumpur ke muka dan tubuh antara satu sama lain. Perbuatan ini membawa makna ucapan dan doa selamat kepada warga tua, ucapan salam bahagia dan salam sejahtera kepada orang muda dan harapan kepada kanak-kanak moga-moga mereka membesar dengan sihat.

Muka yang dilumur dengan lumpur yang berwarna hitam itu bermakna bahawa mereka mendapat kebahagiaan sepanjang tahun, manakala seluruh badan yang dilumur dengan lumpur yang berwarna hitam bermakna mereka akan hidup bahagia sepanjang hayat.

"Monihei" berasal daripada satu legenda yang menarik. Menurut dongengnya, pada zalam silam, manusia tidak pandai menenun kain dan hanya memakai kulit binatang untuk menahan tubuh daripada sejuk. Tetapi dengan memakai kulit binatang mereka sukar untuk berlari dengan pantas apabila diserang oleh binatang liar kerana pakaian itu terlalu berat. Keadaan ini memungkinkan manusia berbogel , tetapi mereka perlu bertahan daripada sinaran mata hari dan gangguan nyamuk. Oleh itu, mereka melumur lumpur di seluruh tubuh mereka untuk memberikan perlindungan seperti lembu. Lama-kelamaan, melumur lumpur di tubuh badan, kononnya untuk menjauhkan kemalangan, menjadi amalan penduduk etnik Va, terutamanya ketika pemuda-pemudi mengadakan aktiviti rekreasi. Dalam upacara perkahwinan pula supaya "Monihei" dapat disertai oleh 10 ribu orang, ia diadakan di dataran luas sekarang ini.

Muda mudi dari kampung itu dan pelancong dari tempat yang lain akan memakai pakaian yang khusus untuk menyertai pesta ini. Baik lelaki maupun wanita atau warga tua dan kanak-kanak dari beberapa buah kampung semuanya akan berkumpul bersama-sama untuk menyertai pesta ria ini. Sekalipun tubuh badan mereka berlumpu lumpur, mereka kelihatan sungguh gembira kerana lumpur dipercayai dapat membawa kebahagiaan seumur hidup bagi mereka, iaitu penduduk etnik Va dan menyampaiknan kebahagiaan kepada mereka. Mereka percaya bahawa orang yang dilumur dengan lebih banyak lumpur, akan mendapat lebih banyak kebahagiaan dan kedamaian.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |