v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Monihe", iaitu Pesta Ria yang dirayakan oleh Penduduk Etnik Va di China

2008-06-27 12:55:09 CRI

Penduduk etnik Va juga memuja warna hitam. Bagi mereka warna hitam melambangkan kerajinan dan kesihatan. Oleh itu, warna hitam dapat diberikan keutamaan dan banyak digunakan dalam perhiasan dan pakaian. Gigi mereka juga diwarnakan hitam pada masa yang lalu. Pengarah Jabatan Budaya Kaunti Autonomi Etnik Va Cangyuan Bandar Lincang provinsi Yunnan China, Wei Cheng berkata bahawa penduduk etnik Va gemar akan warna hitam. Budaya etnik Va menjadi lebih menarik melalui aktiviti pesta "Monihei" ini. Kandungan budaya etnik Va dapat dihayati selepas kita menikmati adat resam penduduk etnik Va.

Kehidupan rohani diberikan keutamaan oleh penduduk etnik Va daripada kehidupan jasmani. Aktiviti "Monihei" merupakan acara yang luar biasa bagi mereka untuk menggambarkan harapan masa depan yang lebih cemerlang dalam kehidupan yang bahagia dan doa untuk kesejahteraan mereka. Mereka menikmati nyanyian dan tarian pada waktu lapang dan menyanyikan lagu untuk menyatakan bahawa mereka tidak takut untuk menghadapi kesukaran. Mereka berpendapat bahawa setiap orang sepatutnya menghargai kehidupan baik miskin maupun kaya. Ini merupakan maksud aktiviti pesta ria "Monihei" ini.

Potensi budaya yang besar dari pesta ria tradisional ini telah lama diberikan keutamaan oleh kerajaan Kaunti Autonomi Etnik Va Cangyuan Bandar Lincang. Jenama budaya pelancongan pesta ria "Monihei" diluluskan sejak beberapa tahun yang lalu, dan budaya yang mempunyai sejarah yang lama ini diharapkan dapat dikembangkan dalam pembangunan yang moden ini. Pengarah Jabatan Pembangunan Budaya Kaunti itu, Xiao Jiang berkata bahawa pembangunan budaya telah meningkat melalui aktiviti pesta ria "Monihei" ini.

Pesta ria " Monihei" sekarang ini merupakan aktiviti budaya yang penting untuk mempromosikan budaya etnik Va di bandar Lincang provinsi Yunnan. Pengarah Jabatan Pelancongan Kaunti Autonomi Etnik Va Cangyuan Bandar Lioncang provinsi Yunnan China, Huang Xinshu berkata bahawa kami bercadang akan meningkatkan pembangunan budaya, seperti mengadakan seminar budaya etnik Va untuk mempromosikan Pesta Ria itu supaya membolehkan pelancong menikmati "Monihei", di samping itu juga menyebabkan mereka berada dalam suasana aman sentosa etnik Vazu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |