v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Qingdao "Pusat Jenama"

2008-07-22 15:00:40 Agensi Berita Xinhua China

Pada 21 Julai lalu, larian obor Sukan Olimpik Beijing diadakan di Qingdao yang merupakan laluan pertama larian ini di provinsi Shandong. Qingdao juga merupakan bandar penolong penganjur Sukan Olimpik Beijing. Bandar ini mempunyai banyak penaja untuk Sukan Olimpik Beijing 2008, seperti Kumpulan Bir Tsingtao dan Syarikat Haier. Hal ini berlaku kerana Qingdao telah menjadi "Pusat Jenama" dengan sejarah yang lebih seratus tahun.

Sebagai bandar yang mempunyai produk berjenama terkenal yang paling banyak di China, Qingdao telah mempunyai jenama Bir Tsingtao yang terkenal ini seawal tahun 1903. Hingga kini, Qingdao telah mempunyai 69 jenama terkenal di China dan digelar "Pusat Jenama".

Dalam sejarah, produk getah, minuman dan bir, dan industri ringan telah mendapat reputasi yang tinggi. Pada tahun 1980-an, Qingdao telah memulakan strategi pengembangan jenama. Melalui rancangan pembangunan yang teratur, Qingdao telah mengeluarkan sejumlah besar jenama baik yang bukan hanya terkenal di China malah di seluruh dunia.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |