![]( /mmsource/images/2008/07/22/i.jpg)
Sekarang, satu-satunya jenama dari China, daripada seratus jenama yang paling berpengaruh di seluruh dunia, iaitu jenama Haier adalah dari Qingdao. Qingdao juga memiliki 2 jenama lain yang terkenal di dunia, dan 69 jenama yang terkenal di China.
Jenama merupakan lambang daya saing utama bukan sahaja bagi sesebuah syarikat malah bagi seluruh bandar. Dengan adanya dorongan jenama, syarikat-syarikat utama, seperti pengeluar alat-alat elektrik dan industri elektronik berkembang dengan pesat di Qingdao. Ini juga menjadikan Qingdao "Pusat Jenama" yang baru.
Pembangunan jenama bukan sahaja meningkatkan imej bandar Qingdao, malah mengembangkan ekonomi bandar ini. Kini, smakin banyak syarikat terkenal dari luar memasuki Qingdao, dan akibatnya, ekonomi Qingdao semakin cepat berkembang ke peringkat antarabangsa. Maka, lahirlah "Kad Nama Bandar" Qingdao. 1 2
|