v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China akan Membaharui Sistem Hak Milik Hutan Kolektif

2008-07-23 15:29:03 Agensi Berita Xinhua China

China akan membaharui sistem hak milik hutan kolektif secara menyeluruh pada tahun ini. Melalui pembaharuan kali ini, hak penggunaan lebih 167 juta hektar hutan akan diberikan kepada petani. Ini bermakna, China akan mewujudkan konsep "setiap gunung mempunyai tuannya".

Dalam sidang akhbar yang diadakan semalam, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Negara China, Jia Zhibang memaklumkan bahawa China akan membaharui sistem hak milik hutan kolektif pada tahun ini. Tindakan ini pasti akan menjadikan petani lebih giat menanam pokok dan ini dapat membaiki hidup mereka. Pembaharuan ini merupakan peristiwa yang sangat penting dalam sejarah pembaharuan desa China.

China ialah sebuah negara yang bergunung-ganang. Ekonomi di kawasan pergunungan merupakan sendi yang paling lemah dalam rangkaian pembangunan sosioekonomi China. Jia Zhibang menyatakan bahawa pembaharuan ini akan memberikan hak penggunaan tanah kepada petani dan dengan itu menggalakkan mereka supaya lebih aktif. Dengan itu juga, industri perhutanan akan berkembang lebih pesat, jumlah pengeluaran hutan akan meningkat, dan pendapatan petani di kawasan gunung juga akan bertambah.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |