
Menurutnya, tindakan utama pembaharuan di peringkat ini adalah memberikan hak pemilikan kepada petani. Selepas pembaharuan dilancarkan, hak penggunaan tanah petani akan dapat terpelihara. Jangka penggunaannya ialah 70 tahun. Selepas tempoh 70 tahun itu tamat, tanah hutan itu boleh terus disewa.
Seorang pegawai Jabatan Perhutanan memaklumkan bahawa dalam proses pembaharuan, pembahagian tanah hutan dan gunung mesti ditetapkan oleh petani. Cadangan itu mesti dipersetujui oleh lebih 2/3 petani dalam mesyuarat desa baru dapat disahkan. Pembaharuan itu akan diusahakan agar dilaksanakan secara adil dan telus.
Jia Zhibang juga menyatakan bahawa selepas pembaharuan ini dilancarkan, petani boleh menetapkan jenis pokok yang ingin ditanam mereka, tetapi kegunaan kawasan hutan tidak boleh diubah. Beliau juga mengatakan bahawa hutan memainkan peranan yang sangat penting dalam perlindungan alam sekitar, seperti membersihkan udara dan mencegah hakisan tanah. Beliau percaya bahawa dengan tindakan ini, petani pasti akan mengerjakan kawasan hutan mereka dengan lebih giat, mengeluarkan lebih banyak produk hutan dan meningkatkan kegunaan ekologi hutan. 1 2
|