v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasu-pasu Bunga Menjelang Sukan Olimpik 2008 Disiapkan dengan Sempurna

2008-07-29 09:41:20 CRI

Pada 13 hb Julai 2001, bandar Beijing berjaya dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Pada 15 hb Nov 2005, bumbung Stadium Kebangsaan China telah selesai dibina lebi awal daripada jadualnya. Pada 6 hb Ogos 2005, pelbagai jenis bunga untuk digunakan semasa Sukan Olimpik Beijing telah dipilih.

Pada 3 hb Ogos 2006, pameran contoh bunga-bungaan untuk digunakan semasa Sukan Olimpik telah diadakan di Taman Zizhuyuan Beijing. Bunga-bungaan yang dipamerkan tersebut tidak begitu baik keadaannya oleh sebab hujan yang turun secara berturut-turut pada bulan Julai lalu.

Pegawai Jabatan Taman dan Penghijauan Bandar Beijing memaklumkan bahawa semasa perasmian Sukan Olimpik di Beijing, keistimewaan iklim Beijing adalah panas lembab dan akan mengalami hujan secara berterusan. Kebanyakan bunga-bungaan yang dipamerkan kali ini tidak dipengaruhi oleh cuaca seumpama itu.

Pada masa sekarang, kerajaan Beijing telah menyiapkan sebanyak ratusan ribu pokok bunga untuk digunakan semasa Sukan Olimpik, antaranya sebanyak 1,330 jenis merupakan bunga yang diimport dari negara asing. Sebanyak 413 jenis bunga yang dipamerkan di Taman Zizhuyuan Beijing kali ini telah dibaiki kaedah penanamannya, maka ada yang warnanya lebih cerah, ada yang mengalami perubahan dalam bentuknya dan ada yang bunganya berkembang tidak mengikut musim.

Enzik Zhang Junmin, juruteknik Kebun Semai Tumbuh-tumbuhan Daerah Haidian Bandar Beijing China berkata, "Kami menetapkan bahawa bunga tempatan adalah komponen utama antara bunga-bungaan yang akan menghias Sukan Olimpik Beijing dan sebahagiannya pula menggunakan bunga import. Kami berusaha untuk memaparkan bunga-bungaan yang memberi kesan terbaik semasa perasmian Sukan Olimpik. Terdapat sebahagian besar bunga akan berkembang semasa hari perasmian Sukan Olimpik manakala ada yang akan berkembang sebelum hari tersebut. Maka, kami akan menggunakan teknologi untuk menunda waktu berkembangnya bunga-bunga tersebut. Ada yang juga akan berkembang setelah bulan Ogos, misalnya bunga kekwa iaitu bunga rasmi bandar Beijing, maka kami akan mempercepat tempoh waktu berkembangnya bunga itu."

Teknologi yang digunakan untuk mengubah masa berkembangnya bunga-bungaan itu tidak rumit. Ini bergantung kepada kadar cahaya matahari dan siraman air. Akan tetapi teknologi untuk mengawal kadar cahaya matahari dan siraman air agak rumit.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |