Cik Zhong, pekerja Taman Zizhuyuan yang bertugas untuk menjaga bunga-bungaan dalam pameran tersebut berkata kepada wartawan CRI,
"Saya berpendapat bahawa pekerja-pekerja yang mengendalikan proses tanaman bunga-bungaan untuk Sukan Olimpik ini hebat sekali. Mereka berkemampuan untuk menyeragamkan masa bunga-bungaan itu berkembang. Sewaktu Sukan Olimpik 2008 diadakan di Beijing nanti, penonton dan atlet dari seluruh dunia pasti dapat menikmati keindahan pemandangan yang luar biasa. Saya berasa sangat bangga akan kehebatan negara kita."
![]( /mmsource/images/2008/07/28/bunga.putih-merah01.jpg)
Encik Zhang Xixi, juruteknik Pusat Bunga-bungaan Institut Kajian Taman Bandar Beijing memaklumkan bahawa sebanyak ratusan jenis bunga telah dipamerkan di Taman Zizhuyuan kali ini dan kebanyakannya ialah bunga tradisional China, misalnya bunga kekwa hijau fengxian, bunga melati ungu, bunga mawar Cina dan bunga kekwa kecil.
Pada masa sekarang, Encik Zhang Junmin bukan sahaja bertugas untuk memelihara pelbagai jenis bunga, tetapi juga akan memperkenalkan pengetahuan tentang bunga-bungaan kepada para pelawat.
![]( /mmsource/images/2008/07/28/bunga-putih01.jpg)
Beliau berkata, "Saya bertugas untuk memelihara pelbagai jenis bunga. Sewaktu Beijing berjaya dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik, saya berasa teruja dan ingin memberi sesuatu sumbangan untuk Sukan Olimpik. Sekarang saya telah mendapat peluang ini iaitu menyediakan bunga-bungaan yang akan menjadi hiasan semasa Sukan Olimpik. Saya suka memperkenalkan bunga-bungaan yang saya pelihara kepada para pengunjung. Dengan demikian, mereka boleh mengetahui keistimewaan bunga-bungaan itu sebelum digunakan sebagai hiasan semasa Sukan Olimpik."
Setelah mendapat tugas yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Beijing, terdapat ramai pekerja sektor bunga-bungaan seperti Encik Zhang Junmin turut ternanti-nantikan hari perasmian Sukan Olimpik itu. Mereka berhasrat untuk menggunakan bunga-bungaan yang dipelihara oleh mereka bagi menghiasi bandar Beijing agar kelihatan lebih indah sewaktu perasmian Sukan Olimpik nanti."
----DAZHONG 1 2
|