v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Saya Harap Maju Terus

2008-08-05 09:53:13 CRI

 

Setiap atlet yang menyertai Sukan Olimpik berhasrat merebut pingat dan memecahkan rekod.

"Saya tidak menjangka anak saya boleh menjadi atlet olahraga."

"Saya tidak menjangka saya dapat menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik, malah untuk dua kali berturut-turut."

Sebagai ayah, Sitthixai Sakpaserth tidak menjangka puterinya dapat mencapai kejayaan yang menakjubkan dalam acara lari pecut. Anak perempuannya pula tidak menjangka dia dapat melayakkan diri untuk mewakili tanah airnya menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik untuk kali kedua.

Inilah Philailak Sakpaserth, atlet wanita pelari 100 meter dari Laos. Beliau mulai mengikuti latihan lumba lari ketika berumur 11 tahun, menjadi johan acara lari pecut di peringkat belia Laos ketika berumur 13 tahun, menggondol pingat emas dalam Sukan Kebangsaan Laos ketika berumur 15 tahun, mewakili tanah airnya menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik ketika berumur 17 tahun dan sekali lagi, ketika mencapai 21 tahun tahun ini, akan menyertai Sukan Olimpik Beijing.

Kejayaan yang dircapai Philailak Sakpaserth kerana kesungguhan dan usaha gigihnya semasa menjalani latihan disamping bakat dan perangainya yang suka maju terus.

Philailak dilahirkan dalam satu keluarga yang berlatarbelakang sukan. Ibubapanya ialah bekas atlet profesional manakala adiknya seorang pemain tennis. Pilihan yang dibuat Philailak sebagai atlet memang dipengaruhi oleh anggota keluarganya. Ayah Philailak, Sitthixai Sakpaserth merupakan jurulatih pertama dan sekali gus penyokong kuat bagi Philailak.

Beliau berkata: "Saya dan isteri saya adalah ahli sukan masa muda-muda dahulu. Philailak selalu dibawa ke gelanggang semasa kami menjalani latihan. Kami berlari bersama dengannya setelah dia besar. Anak ini suka bidang olahraga dan berasa ceria apabila dibawa ke gelanggang. Dia suka mengejar saya dan emaknya dan juga suka berlumba dengan budak lain di gelanggang."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |