Ketika menceritakan sebab-sebab Philailak membuat keputusan bagi mengikuti latihan lari pecut, Sitthixai Sakpaserth memberitahu wartawan CRI, semasa kecil, Philailak sangat gemuk, maka dia menghantar anaknya itu ke pusat latihan angkat berat. Tetapi Philailak, gadis yang mahu badannya langsing, sudah tentu tidak suka acara angkat berat yang bersesuaian mengekalkan badan yang gemuk. Dengan demikian, Sitthixai memutuskan akan membimbing anaknya bersama-sama mengikuti latihan lari pecut.
Ketika berumur 11 tahun, Philailak memulakan latihan lari secara bersungguh-sungguh dan mencapai kemajuan yang menakjubkan. 4 tahun selepas itu, dia menjadi johan acara lari pecut dalam Sukan Kebangsaan Laos.
Sitthixai berkata, beliau sukar melupakan perlumbaan itu, iaitu puterinya memenangi sebagai johan peringkat kebangsaan.

Sitthixai berkata: "Philailak berusia 15 tahun waktu itu dan merupakan yang paling muda di antara semua atlet yang layak ke peringkat akhir dalam acara lari pecut. Sebelum bermula perlumbaan akhir, dia berkata kepada saya bahawa dia berasa agak tegang ketika itu. Saya menjawab, jangan peduli atlet lain, lari terus sahaja. Ayah yakin pada anak. Akhirnya, Philailak berjaya menggondol pingat emas. Dia memeluk saya dengan keceriaan dan berteriak 'Saya menang!'. Inilah pengalaman yang saya sukar lupakan."
Pada tahun 2004, Philailak yang berumur 17 tahun menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik Athens, tetapi beliau tidak berpuas hati tentang hasil yang dicapai.
Beliau berkata: "Pada waktu itu, saya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik dan ada sedikit rasa tegang. Bagaimanapun, keyakinan penuh, saya berusaha dan berjaya memecahkan rekod sendiri, tetapi gagal memecahkan rekod dalam negeri Laos. Saya berfikir jika berpeluang menyertai lagi Sukan Olimpik, saya akan mencapai hasil yang lebih baik."

Philailak mengalami kecederaan sekali selepas pelaksanaan Sukan Olimpik Athens dan dirasainya perit sekali sehingga mempertimbangkan keluar dari bidang atletik. Bagaimanapun, beliau menetapkan diri untuk mempertahankan usahanya apabila mengingatkan impian dan sasarannya.
Philailak berkata: "Saya menerima rawatan dan makan ubat-ubat yang disediakan supaya dapat segera sumbuh. Saya suka olahraga dan tak mahu menghentikan usaha ini, sebab saya belum dapat mencapai matlamat ini, iaitu memecahkan rekod kebangsaan Laos."
Pada tahun ini, Philailak akan mengambil bahagian lagi. Kali ini tempatnya di Beijing. Beliau menganggap peluang ini tidak mudah diperoleh dan berkait rapat dengan usaha gigihnya.
Philailak berkata: "Tidak mudah bagi seorang atlet yang mampu melayakkan diri menyertai Sukan Olimpik untuk kali kedua. Saya memang menghargai peluang ini untuk berlumba dalam Sukan Olimpik Beijing. Setelah bertungkus-lumus mengikuti latihan selama 4 tahun, saya sudah bersap sedia untuk berlumba. Ini mungkin akan menjadi kali terakhir saya berlumba dalam Sukan Olimpik."
Sebenarnya, matlamat Philailak dalam Sukan Olimpik Beijing bukanlah untuk merebut pingat kerana dia menyedari tarafnya masih kurang berbanding atlet yang lebih hebat. Matlamatnya adalah untuk memecahkan rekod sendiri.
Beliau berkata: "Ketika berlumba di Beijing nanti, saya yakin akan mencapai hasil yang lebih baik daripada yang saya lakukan dalam Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Saya akan berusaha sedaya upaya memecahkan rekod domestik Laos. Seperti setiap atlet yang lain, saya berharap maju terus."
Sebagai atlet amatur, Philailak sudah mempunyai rancangan lanjutan selepas perlumbaan dalam Sukan Olimpik Beijing berakhir. Beliau ingin melanjutkan pelajaran dan sedang melakukan persiapan bagi menduduki ujian TOFEL, iaitu ujian kelayakan bahasa Inggeris.
Philailak berkata: "Selepas Sukan Olimpik Beijing berlangsung, saya akan bersaing dengan ramai atlet muda. Saya sebaiknya membuat pilihan lain, iaitu meneruskan persekolahan, menguasai pengetahuan dengan sebanyak mungkin supaya dapat merealisasikan impian yang lebih besar."
----DAZHONG 1 2
|