v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Beijing yang berlatih Taiji Setiap Pagi

2008-08-26 09:53:08 CRI

Pada pukul 7.00 setiap pagi musim panas ini, di sebuah taman komuniti yang dikenali sebagai "Banyueyuan" di Daerah Shijingshan Bandar Beijing, penduduk tempatan mula berkumpul dalam satu kumpulan menggerakkan badan seiring dengan bunyi burung-burung. Ramai orang berkumpul di dua pekarangan di sebelah selatan dan utara taman itu untuk menggerakkan badan bersama-sama.

Seorang pelatih berkata: "Saya biasanya berlatih dari pukul 7.00 hingga pukul 8.00 atau 9.00 pagi. Aktiviti ini berfaedah bagi kami yang ingatan semakin lemah dan pengimbang badan yang kurang baik."

 

Inilah Taiji, sejenis silat tradisional di China. Dua tahun yang lalu, Program Latihan Taiji diwujudkan oleh Jawatankuasa Penduduk Komuniti Banyueyuan untuk membolehkan penduduk tempatan mengikuti latihan Taiji, di samping diperkenalkan sebagai salah satu aktiviti riadah bagi menyambut Sukan Olimpik Beijing. Jawatankuasa penduduk tersebut juga mengupah guru bagi mengajar peserta program itu sehingga bilangan peserta bertambah lebih 30 orang daripada beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari.

Cheng Lianzhong, guru yang bertanggungjawab ke atas program latihan Taiji tersebut memaklumkan kepada wartawan CRI bahawa beliau mulai mempelajari Taiji selepas bersara dan sudah berkeupayaan melaksanakan tugas sebagai guru pada masa ini.

Cheng Lianzhong berkata: "Aktiviti yang melonjak-lonjak tidak sesuai bagi warga emas. Taiji yang gerakannya perlahan-lahan memang sesuai untuk kami yang lanjut usia. Setelah bersara, saya mulai mempelajari Taiji dan berasa semakin sihat. Saya semakin bersemangat ketika mula-mula mengikuti latihan ini."

Beliau memberitahu wartawan CRI bahawa mereka yang mengikuti latihan Taiji bukan sahaja dapat memelihara kesihatan, tetapi juga mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |