Cheng Lianzhong berkata: "Kami yang dipanggil pakcik makcik berkumpul di sini untuk mencari kawan baru dan sebagai menghindarkan kesepian. Mereka yang resah gelisah akan berasa ceria selepas memberitahu hal itu kepada kawan-kawan. Peserta program latihan Taiji ini tidak begitu mengambil kira keuntungan komersial kerana ingin menikmati pengalaman rohani."

Pelatih Taiji boleh kelihatan di setiap sudut di bandar Beijing, selain di Taman Komuniti Banyueyuan. Mereka merupakan sebahagian pemandangan istimewa di bandar ini pada setiap pagi.
Silat Taiji yang sudah diamalkan ratusan tahun di China berasal dari "Kitab Yi" pada zaman purba China. Taiji dipercayai sebagai sumber dunia yang terdiri daripada unsur positif dan negatif. Ahli falsafah China pada zaman purba menganggap peralihan unsur positif dengan negatif menentukan perkembangan sejagat dan segala gejala alam sekitar tidak terlepas daripada reaksi antara kedua-dua unsur tersebut.
Silat Taiji dicipta dengan berpegang kepada ajaran falsafah ini. Pelatih Taiji diharapkan menumpukan perhatian terhadap latihan tenaga dalam, bahunya longlai, pinggangnya tegak semasa berlatih. Latihan Taiji berfaedah bagi mencegah dan mengubati penyakit oleh sebab tenaga dalam berfungsi.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Taiji menjadi semakin popular di seluruh negara China. Pertunjukan dan pertandingan Taiji selalu diadakan di pelbagai tempat setiap tahun.

Nenek Wang Baozhen, 74 tahun, seorang guru yang bertugas di Pusat Pengajaran Taiji Daerah Haidian Beijing sudah mengikuti latihan Taiji selama 35 tahun. Beliau pernah mewakili Daerah Haidian mengambil bahagian dalam pertandingan Taiji warga emas di peringkat bandar Beijing dan menjadi johan dua kali berturut-turut.
Wang Baozhen giat mempopularkan Taiji di peringkat antarabangsa dan selalu diundang mengadakan pertunjukan Taiji di luar negara. Beliau mendapati ramai warga asing juga suka silat tradisional China ini. Setelah pulang ke tanah airnya, Wang Baozhen memindahkan tempat latihan Taiji ke Hotel Persahabatan, tumpuan warga asing di Beijing dan mengajar mereka yang berminat Taiji secara percuma.. Kegiatan ini sudah berlangsung selama lebih 20 tahun.
Nenek Wang Baozhen berkata: "Saya sukar mengira bilangan pelajar saya dengan jelasl. Mereka berasal dari pelbagai negara seperti Jerman, Britain, Hungary, Bulgaria, Algeria, Thailand dan Brazil."
Salah seorang pelajar yang mengikuti program Wang Baozhen, Ameria Hapsari, dari Indonesia. Beliau berkenalan dengan guru Taiji yang ramah mesra itu ketika menginap di Hotel Persahabatan Beijing ketika baru berhijarah ke China.
Pada masa ini, Ameria Hapsari sudah berpindah ke pusat bandar Beijing, tetapi tetap pergi ke Hotel Persahabatan pada setiap pagi Khamis untuk mengikuti pengajaran Taiji yang diselenggarakan Nenek Wang Baozhen.
Ameria Hapsari berkata: "Saya berasa Taiji merangkaikan pengetahuan yang mendalam. Hubungan manusia dengan alam sekitar terlibat dalam setiap gerakan Taiji, iaitu ciptaan bangsa China yang hebat. Sesungguhnya, saya sudah tertarik dengan silat itu. Pada zaman sekarang, manusia tidak menyedari bahawa kebanyakan daripada mereka semakin menjauhkan diri daripada alam. Saya berasa seolah-olah bergabung dengan alam semasa menjalani gerakan Taiji."
Pada masa ini, aktiviti Taiji boleh kelihatan di merata-rata tempat di seluruh dunia seperti Eropah, A.S., Asia Tenggara dan Jepun. Menurut statistic, terdapat lebih 30 jenis buku yang berkaitan dengan Taiji sudah dicetak di A.S. Banyak negara telah menubuhkan persatuan Taiji dan giat mengadakan pertukaran dengan China.
Beberapa jabatan kerajaan di China seperti jabatan kesihatan, pendidikan dan sukan menumpukan perhatian besar terhadap Taiji dengan menerbitkan sebanyak sejuta jilid buku dan gambar Taiji. Matlamatnya adalah untuk memajukan perkembangan Taiji, sebagai sejenis kebudayaan tradisional China, dan mempopularkannya ke peringkat antarabangsa.
Pada masa ini, pihak berkuasa Beijing membuka banyak pos pengajaran Taiji di taman, pekarangan tepi jalan dan gelanggang bagi memudahkan pendaftaran penduduk awam dan pelancong asing yang berminat.
Saudara pendengar, jika anda datang ke Beijing semasa pelaksanaan Sukan Olimpik, sila menghayati pengalaman mengikuti latihan Taiji.
----DAZHONG 1 2
|