v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Warga China Mampu Sandang Jawatan Ketua Bahagian Pertandingan Sukan Olimpik

2008-08-19 17:15:34 CRI

Pertandingan acara angkat berat Sukan Olimpik Beijing selesai dilaksanakan pada 19 Ogos lalu. Pelaksanaan yang sempurna pertandingan itu melambangkan Ketua Bahagian Pertandingan Angkat Berat, Puan Wang Yan berjaya menyelesaikan tugasnya dengan cemerlang. Ketika diwawancara wartawan CRI, Wang Yan menerangkan bahawa kesemua jawatan ketua bahagian pertandingan bagi 28 acara Sukan Olimpik Beijing disandang oleh warga China.

Ini membuktikan bahawa warga China mampu menyandang jawatan ketua bahagian pertandingan temasya sukan yang terbesar di dunia ini.

Semasa pelaksanaan Sukan Olimpik, ketua bahagian pertandingan bagi setiap acara bertanggungjawab menangani kerja-kerja pengelolaan pertandingan, mengatur setiap kontinjen yang bertanding, memastikan pertandingan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan setiap persatuan sukan di bawah IOC, dan melancarkan komunikasi antara pihak pengelola gelanggang dengan pelbagai persatuan sukan antarabangsa yang berkaitan.

Kesemua 28 jawatan ketua bahagian pertandingan disandang oleh warga negara tuan rumah semasa pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing. Keadaan ini dilihat sebagai kali pertama berlaku dalam tempoh pelaksanaan Sukan Olimpik sejak tiga kali lalu.

Sebelum menjawat jawatan Ketua Bahagian Pertandingan Acara Angkat Berat Sukan Olimpik Beijing, Wang Yan pernah bertugas dalam Skuad Angkat Berat Negara. Ketika mengunjungi Sukan Olimpik Athens 2004, Wang Yan terkagum dengan gimnasium angkat berat tempatan yang indah lagi moden.

Gimnasium  angkat berat untuk Sukan Olimpik Beijing menggunakan gimnasium Universiti Penerbangan dan Angkasa Lepas Beijing yang diubahsuai. Setelah diberi tanggungjawab sebagai ketua bahagian pertandingan, Wang Yan membimbing timnya mengatasi kesulitan yang bermacam ragam sehingga dapat melaksanakan pertandingan angkat berat dengan jayanya.

Wang Yan berkata: "Saya dan ketua bahagian pertandingan acara lain adalah dari kalangan yang agak muda. Saya, selaku ketua bahagian pertandingan yang diberi tanggungjawab besar ini memang merasai ia sebagai tekanan yang berat. Bagaimanapun, kami bertungkus lumus bekerja untuk menjayakan pertandingan acara angkat berat. Sekarang, kami menunggu penilaian daripada masyarakat."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |