Jawatan ketua bahagian pertandingan merupakan satu-satunya jawatan di bawah Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) yang perlu dikenalpasti bersama oleh IOC dan pelbagai persatuan sukan.
Pengerusi Persatuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF), Tamas Ajan memuji Wang Yan terhadap kerja-kerja yang dilakukan dengan cemerlang dan mengibaratkan pencapaiannya sebagai sebutir "pingat emas" yang istimewa bagi Skuad Angkat Berat Negara China.

Tamas Ajan berkata: "Saya berpendapat bahawa berbanding dengan sukan-sukan Olimpik yang lalu, Sukan Olimpik 2008 Beijing merupakan yang paling besar skopnya dan paling berjaya pengelolaannya. BOCOG melaksanakan satu temasya sukan yang sempurna dan berjaya mengatasi segala kesulitan yang dihadapinya. Saya berasa amat gembira kerana kejayaan ini."
Selepas diberi penilaian yang begitu tinggi, Wang Yan juga berasa gembira. Ketika diwawancara wartawan, Wang Yan menyatakan dengan rendah hati bahawa kejayaan yang dicapainya bergantung kepada pengalaman yang ditimba secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata: "Saya menerima penghargaan Encik Tamas Ajan. Pihak berkuasa Beijing menggunakan sepenuhnya masa dalam menyiapkan Sukan Olimpik ini. Kami sebagai kakitangan sukan yang profesional dipilih bertugas dalam BOCOG bagi melakukan kerja-kerja penyiapan. Kami mengambil kira setiap perkara, memperincikannya dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang teliti. Seperti yang disebut oleh Tamas Ajan, pencapaian kami memang diakui oleh pelbagai pihak."
Seawal sebelum perasmian Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004, BOCOG telah menghantar calon-calon bagi 11jawatan ketua bahagian pertandingan ke Athens untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja pengelolaan sukan bagi menimba pengalaman. Selepas itu, BOCOG menyelenggarakan beberapa pertandingan ujian "Beijing, Good Luck" supaya membolehkan ketua ketua bahagian pertandingan menambah pengalaman dalam beberapa acara seperti ekuestrian dan berbasikal yang bukan acara kuat China.
Wang Yan menganggap warga China mampu menyandang jawatan ketua bahagian pertandingan berkait rapat dengan persiapan yang mencukupi dan kerjasama baik antara pelbagai pihak.

Beliau berkata: "Jabatan Sukan di bawah BOCOG membantu kami semasa melakukan setiap perincian sehingga kami mencapai kemajuan dalam menyelenggarakan perlumbaan ujian. Kerjasama yang baik antara BOCOG dengan pertubuhan antarabangsa dan media asing memainkan peranan penting bagi menjayakan Sukan Olimpik ini."
Sukan Olimpik Beijing bukan sahaja mendorong perkembangan sukan China tetapi juga akan memupuk bakat ramai pakardalam mengelola temasya sukan mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan.
----DAZHONG 1 2
|