v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liu Lina, Seorang Atlet China Etnik Rusia dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China Menyertai Ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing

2008-10-02 14:29:50 CRI

Liu Lina telah menyertai pertandingan dalam acara Dressage Wanita Ekuestrian dalam Sukan Olimpik Beijing yang dilaksanakan di Hong Kong baru-baru ini. Beliau merupakan atlet pertama yang bertanding dalam acara Dressage Ekuestrian Sukan Olimpik dalam sejarah Dressage Wanita Ekuestrian China untuk melayakan diri ke peringkat A pertandingan tersebut pada bulan Mac tahun ini. Ini merupakan pasukan Dressage Ekuestrian China yang pertama menyertai pertandingan acara tersebut. Dengan ini, matlamat pasukan China untuk menyertai kesemua 28 acara pertandingan dalam Sukan Olimpik dapat dicapai.

Kejayaan Liu Lina dalam acara tersebut tidak dapat dipisahkan daripada kegemaran dan kerajinannya berlatih bagi acara Dressage Ekuestrian sejak lebih 10 tahun lalu. Ketika berumur 14, Liu Lina telah dipilih sebagai atlet olahraga di sekolah pendidikan jasmani Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada tahun 1994. Liu Lina berkata bahawa saya berasa sangat segak ketika memakai pakaian seragam untuk menyertai pertandingan dalam acara Dressage Ekuestrian. Saya amat bergemar akan menyaksikan langkah kuda dan baju kot tersebut.

Pada mulanya, Liu Lina tidak berani untuk menunggang kuda. Selepas beberapa hari, dia dan beberapa orang rakannya telah dihantar ke Kirkhistan untuk menerima latihan dalam acara Dressage Ekuestrian di sana.

Ketika di Kirkhistan, mereka mengadakan latihan dengan tekun dan bersungguh-sungguh setiap hari. Untuk menjadikan atlet lebih serasi dengan rentak dan gerak-geri kuda yang berbeza-beza, mereka dilatih menunggang kuda secara bergilir-gilir satu demi satu selama 30 minit.

Menurut juru latih mereka yang diundang dari luar negara, atlet-atlet tersebut tidak takut akan kesukaran dan kesusahan, lebih-lebih Liu Lina, paling rajin mengadakan latihan berbanding atlet-atlet yang lain.

Liu Lina pernah menjalani latihan di Denmark bagi jangka masa yang panjang pada tahun 2002. Dia menjalani latihan dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh di luar negara. Biasanya dia akan berlatih selama 10 jam purata setiap hari. Selepas latihan itu, dia akan membersihkan kuda tersebut selama satu jam sebelum pulang ke asramanya untuk berehat pada waktu malam.

Liu Lina berusaha untuk menjayakan diri buat pertama kalinya untuk menyertai pertandingan Sukan Olimpik Athens pada tahun 2003. Liu Lina berhasrat akan menyertai pertandingan dalam acara Dressage Ekuestrian. Tetapi, dia telah gagal untuk melayakkan diri menyertai pertandingan Sukan Olimpik Athens itu. Dia berkata bahawa tiada seekor kuda untuk saya ketika itu. Kuda yang saya gunakan untuk menyertai pertandingan itu adalah dipinjam daripada seorang juru latih Denmark. Kuda itu tidak biasa bagi menyertai pertandingan kerana kami hanya baru bekerjasama selama 3 hari dan ia kurang serasi dengan saya. Oleh itu, saya gagal dalam pertandingan itu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |